Tuesday, 3 April 2018

Aliff Sukri hadiahkan isteri beg tangan RM300,000


PETALING JAYA: Selepas menerima sebuah kereta mewah jenis Range Rover pada tahun lepas, isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kali ini menerima sebuah beg tangan bernilai RM300 ribu.
Beg tangan itu diberikan Aliff sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Nur Shahida.
Bukan setakat itu, malah Aliff turut menyediakan sebuah kek khas berwarna merah berbentuk beg tangan berjenama Dior.
Portal hiburan Oh! Media melaporkan, majlis ulang tahun kelahiran kali ke 31 Nur Shahida turut dihadiri beberapa artis dan personaliti terkemuka tanah air, antaranya penyanyi Akim Ahmad dan Wak Doyok.
Beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram milik Aliff dan isterinya menunjukkan beg tangan yang dihadiahkan itu kecil, namun, kelihatan mewah kerana ia disaluti warna emas.
Baru-baru ini timbul kontroversi apabila rumah tangga pasangan itu dikatakan goyah dan dilanda masalah.
Beberapa laman portal hiburan turut melaporkan perkara itu.
Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram milik kedua-dua mereka dipadam dan hanya ditinggalkan beberapa keping saja.
Sebelum ini, Aliff yang terkenal dengan ‘trademark’ terlajak laris dikaitkan dengan pasukan bola sepak negeri Kedah, ia ekoran beberapa laporan yang menyatakan beliau akan menaja pasukan berkenaan.

Sumber : freemalaysiatoday.com

0 komentar

Post a Comment