Tuesday, 3 April 2018

AL FATIHAH LONG .. AJAL MU DI MALAM HARI TERKULAI LAYU.SEMOGA TENANG DI SANA…


Seremban : Permergian tragis Nazrul Anuar Kadri, 40, lewat malam tadi mengundang pilu adik beradik nya, Nazrul yang merupakan Abang sulung dan lebih mesra dengan panggilan Along itu meninggal dunia apabila Perodua Kancil nya bertembung Bas malam tadi.
Mangsa meninggal dunia akibat tersepit apabila kereta nya terbalik semasa bertembung Bas, mangsa maut ditempat kejadian.
Akhbar melaporkan pemandu lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas berhampiran Pekan Mambau, Seremban, malam tadi.
Kejadian pada 10.10 malam itu menyebabkan mangsa, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.14 malam sebelum 15 anggota dan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Faizal berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, pemandu bas yang terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, bas berkenaan yang tiada penumpang dipercayai dalam perjalanan ke Seremban, manakala kereta itu pula menghala ke arah Port Dickson.
“Sebaik tiba kita mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkannya dari dalam kenderaan yang terbalik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semoga roh Along tenang disana dan keluarga serta adik beradiknya tabah mereka telah kehilangan abang sulung mereka yang pergi buat selamanya dijemput ilahi.Alfatihah.
Kredit:accidentportal

0 komentar

Post a Comment