Sunday, 18 March 2018

[VIRAL] Pengasuh “Campak & Hentak” Bayi 8 Minggu.


Jangan lah bayi dijadikan mangsa hanya kerana kita rasa tertekan. Bayi tu amanah dari orang untuk kita menjaganya sepenuh kasih sayang seperti mana ibubapa menjaganya. Nauzubillah.
RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak membongkarkan perbuatan kejam seorang pengasuh yang melakukan penderaan terhadap seorang bayi berusia lapan minggu.
Memetik portal antarabangsa, dalam kejadian di wilayah Hualien, Taiwan baru-baru ini, suspek yang berusia lingkungan 40-an dirakam memukul belakang kepala mangsa dan menolak kepalanya sehingga tersembam.
Tidak cukup dengan itu, mangsa turut ditarik dan diangkat sebelum dicampak ke lantai dengan kepalanya terlebih dahulu terhentak ke lantai.
Ketika kejadian itu berlaku, salah seorang rakan sekerjanya yang berada berhampiran hanya memerhati dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang wanita terbabit dari terus mendera mangsa.
Kejadian mengejutkan itu hanya disedari oleh pengetua pusat berkenaan yang dikenali sebagai Wu, selepas dia mendapati dahi mangsa mempunyai kesan lebam, lalu mengambil keputusan untuk memeriksa semula video rakaman CCTV.
Sebaik saja mendapati mangsa didera, dua kakitangan terbabit diarahkan berhenti serta-merta.
Wu berkata, pengasuh terbabit menjelaskan dia ketika itu berada dalam keadaan tertekan dan ditambah pula dengan kakinya yang sedang sakit.
Dalam masa yang sama, mangsa pula menangis secara meraung menyebabkan dia hilang kesabaran lalu memukul dan menghempas mangsa ke lantai.
Susulan kejadian itu, mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan ibu bapa mangsa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh terbabit.
Sementara itu, polis yang sedang menjalankan siasatan telah menahan kedua-dua pengasuh berkenaan kerana sengaja menyebabkan penderaan fizikal terhadap mangsa.
Credit to Mynewshub

0 komentar

Post a Comment