Thursday, 22 March 2018

Ude Menjadi Musuh Netizen Kerana Ceraikan Intan, Ude Berdiam Dan Akhirnya Dia Buka Mulut Dan Ceritakan Perkara Sebenar

Tak mahu aibkan Intan’

KUALA LUMPUR: Pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau Ude yang disahkan bercerai talak satu dengan Intan Liana Salleh, 33, mendakwa bekas isterinya itu mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Ude mendakwa masalah rumah tangga mereka sudah lebih dua tahun berlarutan, sebelum beliau mengenali aktres, Izreen Azminda, yang dinikahinya, Ogos lalu.
“Intan tahu apa masalah rumah tangga kami, ia berlanjutan sudah lama, sebelum wujud orang ketiga.
“Saya terkilan apabila Intan mengeluarkan kenyataan kononnya tidak berbincang dengannya terlebih dulu sebelum menfailkan kes perceraian.

ADAKAH SEMUA ORANG TERTIPU DENGAN INTAN?


“Itu satu pembohongan. Banyak kenyataan yang dikeluarkan tidak benar, ia sekali gus menjatuhkan maruah saya. Kami sudah banyak kali berbincang, saya mahu menyelesaikan masalah kami secara baik.
“Orang luar memandang saya sebagai suami yang kejam dan bapa tidak bertanggungjawab, walhal kenyataannya adalah pembohongan,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
Ude mendakwa masalah rumah tangga dengan Intan berlaku sebelum beliau bertemu dan berkahwin dengan Izreen.
“Puncanya tertalu peribadi untuk dinyatakan. Saya tidak mahu mendedahkan aib Intan.
“Saya cuba menyelesaikan masalah dengan Intan, tapi saya gagal. Apapun masalah kami, tidak
eloklah saya mendedahkannya pada umum.
“Hari ini, kami bercerai secara baik kerana mempunyai dua cahaya mata, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
“Saya harap Intan hentikan drama air mata untuk meraih simpati masyarakat,” katanya.
Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak iaitu Arish, 3, serta Ariq yang berusia setahun.
Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos lalu secara tertutup. Pernikahan itu dirahsiakan atas permintaan Ude.
Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera, Muhammad Riza. Intan diwakili peguam syariah, Suriany Awaludin manakala Ude diwakili Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
SUMBER : BHARIAN

0 komentar

Post a Comment