Tuesday, 20 March 2018

Tak Putus Putus Rezeki Siti Nurhaliza Selepas Bersalin .. Dapat Pula Layanan Seperti Ini .. Alhamdullilah!


Selepas 11 tahun menantikan untuk menimang cahaya mata, Siti Nurhaliza pastinya mahu yang terbaik dalam proses berpantang. Melalui Natalis Mother Care, Siti menerima pakej bertaraf lima bintang.
“Pakej berpantang selama 44 hari yang diambil oleh Siti itu merupakan yang paling istimewa di mana kami menyediakan makanan harian yang akan dihantar ke hospital dan rumah Siti, urutan tradisional serta bertungku”
“Selain itu kami menghantar dua orang pekerja yang akan menjaga Siti dan bayinya pada waktu malam. Bagi makanan harian untuk Siti, kami sediakan ikan salmon yang berkualiti. Siti sendiri yang membuat pemintaan nak makan ikan itu”
“Doktor pun ada sarankan untuk wanita bersalin secara pembedahan, bubur nasi turut membantu mengenyangkan selain memudahkan proses penghadaman. Siti juga boleh turunkan berat badannya dengan cepat jika ikut aturan yang betul seperti disediakan,” jelasnya kepada m Star Online.
Menunggu begitu lama untuk dikurniakan rezeki begini, Siti sememangnya layak menerima layanan terbaik seperti ini ketika berpantang. Semoga Siti baik-baik sahaja melalui proses berpantang selama 44 hari nanti.
SUMBER : ROTIKAYA

0 komentar

Post a Comment