Sunday, 25 March 2018

Seorang mekanik didakwa mencuri 9 unit pemetik api, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda jika didapati bersalah


MELAKA – Tertuduh Mohd Fitri Mohd Hatta berusia 31 tahun dari Pulau Gadong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, atas dakwaan memiliki pemetik api curi pada Februari lalu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norma Ismail.


Mohd Hilmie Hussin/NST
Menurut kertas pertuduhan, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, lelaki itu didakwa memiliki sembilan unit pemetik api pelbagai warna bertulisan ‘KK’ milik KK Supermart Superstore Sdn Bhd iaitu hasil rompakan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah flat di Lorong Pandan pada jam 3.30 petang pada 8 Februari 2018.
Tertuduh, Mohd Fitri didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika didapati bersalah.
Dilaporkan bahawa Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim mencadangkan supaya jaminan ditetapkan sebanyak RM20,000 untuk tertuduh.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam merayu dikenakan jaminan yang lebih rendah dengan alasan perlu menanggung ibunya seorang warga emas serta bapanya yang berstatus orang kurang upaya (OKU).
Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes itu serta lantikan peguam.
Sumber: New Straits Times | Harian Metro

0 komentar

Post a Comment