Tuesday, 20 March 2018

Selepas Isteri Pertama Fail Cerai, Isteri Kedua Opick Meninggal Dunia


Isteri kedua kepada penyanyi lagu kerohanian Opick, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono, 34, dilaporkan meninggal dunia pada 9 malam tadi.Menurut rakan Opick, Ustaz Derry Sulaiman, dia mendapat kiriman WhatsApp dari Opick yang memaklumkan isteri keduanya meninggal dunia akibat keadaan kesihatan yang semakin merosot.
Wulan mula menderita sakit selepas mengalami masalah pengguguran kandungan semasa sedang sarat hamil lapan bulan.
Jenazah Wulan telah disemadikan di kawasan perkuburan Cakung, Jakarta Timur sebelum solat Zohor tengah hari tadi.
Sebelum ini, isteri pertama Opick, Dian Rositaningrum, dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya pada Februari lalu setelah hampir 16 tahun hidup bersama.
Keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick yang tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan Opick untuk berpoligami tanpa izin.
Dian dan Opick telah berkahwin pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.
Sumber: Tribunnews via Gempak
>-CERITA SETERUSNYA-

Kecewa Dipoligami, Isteri Pertama Opick Fail Cerai

Kecewa Dipoligami, Isteri Pertama Opick Fail Cerai

Isteri pertama penyanyi Opick, Dian Rositaningrum, dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya setelah hampir 16 tahun hidup bersama.Menurut laporan WowKeren.com, keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick kini tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan suaminya berpoligami tanpa izin.
“Dian berasa sangat sedih kerana Opick berpoligami tanpa izinnya namun kini dia sudah menerima kenyataan bahawa suaminya mempunyai seorang isteri muda.
“Mereka sudah tidak tinggal serumah dan dia tekad ingin memohon cerai dengan Opick selepas kecewa dengan keputusan yang dilakukan oleh suaminya itu.
“Dian juga memberitahu bahawa tidak mampu untuk meneruskan hubungan dengan suaminya dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik bagi dirinya,” kata pengacara Ina Rachman yang juga merupakan teman baik Dian.
Tambah Ina Rachman, dalam permohonan cerai itu Dian turut membuat beberapa permintaan namun permintaan tersebut tidak didedahkan.
Diana dan Opick telah berkahwin pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.
Sumber: WowKeren.com VIA Gempak

0 komentar

Post a Comment