Sunday, 18 March 2018

[Sedih] Innalillah, Elyana Sedih Terpaksa Gugurkan Kandungan Kerana Kanser Yang Di Hadapinya

Menghidap penyakit kanser Limfoma tahap empat, Elyana mendedahkan sebenarnya baru-baru ini beliau disahkan hamil dua bulan namun terpaksa menggugurkannya diatas sebab kesihatan.
Sebenarnya 10 hari lalu saya terpaksa menggugurkan kandungan yang sudah berusia dua bulan.Keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan.Tambahan pula sekarang saya perlu makan ubat yang banyak.
Keadaan itu membuatkan Elyana sangat sedih kerana kemahuannya menginginkan anak yang ramai tidak tercapai.Malah tambahnya lagi, sebelum ini juga beliaupernah keguguran kerana hamil di luar rahim.
Saya memang nak sangat anak sebab suka anak yang ramai.Sebelum ini saya pernah cuba dapatkan anak angkat tapi rezeki tak ada.Tiba-tiba dapat tahu hamil tapi terpaksa gugurkan.Saya sangat sedih sebab memang nak sangat anak.
Sebelum ini pernah Elyana juga pernah gugur tapi disebabkan hamil luar rahim.Kalau kanser saya ini masih peringkat awal mungkin saya boleh kuat tapi peringkat sekarang takut nanti bayi lahir tidak cukup sihat,luahnya kepada m Star Online.
Semoga Elyana tabah menghadapi dugaan ini, tidak semua mampu tersenyum selepas pelbagai ujian diberikan.Mungkin tiada rezeki untuk menambah cahaya mata, tapi Tuhan kurniakan rezeki berbentuk lain.
Dalam artikle berkaitan, menurut suaminya Elyana seorang yang kuat semangat.Khairul Anuar Hussin yang merupakan suami kepada Elyana telah berkongsi bagaimana peritnya kehidupan isterinya selepas mengetahui bahawa dia menghidap kanser limfoma.
Khairul dikatakan sering memujuk dan menasihati isterinya yang tercinta supaya tidak terlampau emosi selepas mengetahui berita mengenai penyakit yang dihidapinya.Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa, katanya dipetik daripada Astro Gempak.
Menurutnya, di sebalik segala senyuman dan keceriaan Elyana, ada satu perasaan yang mana hanya dia sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ibu kepada seorang cahaya mata itu ketika dikatakan menghidapi kanser limfoma tahap dua pada tahun 2012 yang lalu.
Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!
Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas.Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.
Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu. Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?, ujarnya lagi.
Walaupun mereka masing-masing bagaikan ditimpa suatu beban yang amat berat tetapi apakan daya, sebagai suami dan ketua keluarga, Khairul perlu terus berdoa agar mereka kuat menimpa dugaan ini serta sentiasa berada di sisi Elyana.
Keadaan Elyana bertambah merosot apabila dia mula berasa emosi ketika memulakan rawatan kemoterapi.
Bagaimanapun, selepas sebanyak enam kali menjalani rawatan, mereka merasakan bahawa Elyana masih mempunyai harapan untuk pulih apabila sel kanser itu mula mengecut beliau sudah tidak berdaya lagi menanggung derita kesakitan yang dialaminya.
Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres.Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya.Hari-hari tertekan dan sakit.
Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.
Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya.Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya, tambah Khairul.
Walaupun pada tahun ini Elyana sudah nekad untuk kembali ke dalam industri muzik dan semangatnya sudah membara-mara, ketika itu juga doktor mengesahkan bahawa kanser tersebut sudah sampai di tahap empat!
Walaupun sudah mencapai tahap terakhir, Elyana masih lagi kuat untuk melawan penyakitnya demi masa depan anaknya, iaitu Cinta Sumayyah.
Sumber:krt

0 komentar

Post a Comment