Sunday, 18 March 2018

Nak Settle Macam Mana Dah Keluar Parang !? Pemandu Lori Nyaris Di Tetak Oleh Abang Kawasan..




Viral rakaman video seorang lelaki bersenjatakan parang menyerang pemandu lori dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi di jalan berhampiran Kampung Bukit Naga, Klang, Selangor.
Menurut sumber, pemandu lori berkenaan tersalah jalan dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk membuat Pusingan U. Dalam masa yang sama, pemandu itu mendakwa seorang lelaki bermotosikal datang menghampiri dan memarahinya.
“Datang mamat acah-acah abang kawasan ini, marah-marah tengking driver siap bawa member sekali. Tetapi bila driver tengking balik, tak boleh terima terus dia keluar parang dan ugut nak tetak,” katanya




Berdasarkan video tersebut, pemandu lori berkenaan mengesyaki lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah sehingga berani bertindak sedemikian.
Pemandu lori kemudian mengundurkan kenderaannya dan sempat berkata, ‘Oi takut ke?!’ menyebabkan lelaki terbabit berang lalu menetak dan memecahkan tingkap lori tersebut.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Sumber : sembangkenchangtoq


0 komentar

Post a Comment