Tuesday, 20 March 2018

Mat Bangla Kaut Untung RM20,000 Sebulan Jual Barang Tiruan,Cemarkan Imej Malaysia, Lagi Cukai Pun Tak Bayar. Apa pandangan pihak berkuasa??


MASALAH kebanjiran warga asing tertumpu di Selangor dan Kuala Lumpur bukan lagi asing di negara ini.
Isu lambakan warga asing sentiasa menjadi bahan perdebatan  masyarakat kerana kesan kebanjiran mereka  membawa pengaruh negatif dari segi sosial, masalah kesihatan, pencemaran budaya serta mengancam ekonomi rakyat Malaysia.
Kehadiran mereka menggugat  peniaga tempatan. Ini termasuk kelibat sekumpulan warga Bangladesh dilihat menjalankan perniagaan di sekitar Bukit Bintang dan beberapa kawasan tumpuan lain.
Berdasarkan tinjauan Sinar Siasat di kawasan perniagaan sekitar lokasi popular di Kuala Lumpur itu, memang benar terdapat sekumpulan warga Bangladesh  dilihat berani dan selamba menjual pelbagai barangan cetak rompak atau tiruan di kawasan tumpuan pelancong itu.
Melalui laporan media yang acapkali memaparkan tindakan pihak berkuasa terhadap isu seperti ini, namun agak memeranjatkan sebenarnya kerana kawasan perniagaan di Bukit Bintang didapati masih lagi meriah dengan peniaga warga Bangladesh.
Bayangkan kita di Kuala Lumpur tetapi kita boleh mendengar suara Mat Bangla dengan lenggok mereka berbahasa Melayu seperti ‘hello abang’, ‘mari abang tengok-tengok’, ‘barang murah-murah, boleh diskaun dan ‘ini barang ori bang’ antara ayat manis yang dijaja mereka yang kebanyakannya berusia antara 20 hingga 50 tahun.
Barang tiruan pelbagai jenama terkenal yang dijual antaranya seperti beg tangan, jam tangan, baju, tali pinggang, kasut dan selipar.  Mengapa mereka begitu berani?
Tidak keterlaluan jika Skuad Sinar Siasat katakan, berdasarkan tinjauan di sekitar kawasan popular di bandar raya itu,  hampir setiap bangunan dikuasai warga Bangladesh dan hasil tinjauan juga menemukan ada antara mereka mengakui bisnes dijalankan milik sendiri.
Nampaknya sungguh mudah mereka menjalankan perniagaan sedangkan ada antara peniaga ini hanya memiliki permit pekerja bangunan. Maka, apa pandangan  pihak berkuasa terhadap isu ini?
Pemerhatian di pusat beli terkenal di Bukit Bintang pula mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya lima premis menjual barangan tiruan  di beberapa tingkat utama.
Amat membimbangkan, kerana di kawasan Bukit Bintang ini juga terdapatnya butik-butik jenama terkenal, namun lambakan premis barangan tiruan ini dilihat memberikan kesan kepada pemilik butik original ini apabila secara ironinya pelancong asing berjaya ‘dipancing’ oleh kumpulan peniaga Bangladesh yang menjual barangan tiruan.
Ada dalam kalangan mereka didakwa menipu pelancong menjual barangan tiruan dengan harga produk asli. Tidakkah ini perbuatan keji yang boleh mencemarkan imej Malaysia?
Lambakan peniaga warga Bangladesh yang memanipulasi kawasan perniagaan sekitar Bukit Bintang secara langsung menimbulkan satu isu yang perlu difikirkan kesannya.
Bagaimanakah lambakan peniaga ini boleh menjejaskan kedudukan peniaga tempatan jika peniaga warga asing ini membolot  premis-premis perniagaan tanpa melalui saluran sah.
Mungkinkah kumpulan peniaga ini dilindungi oleh pihak tertentu?
elas sekali situasinya, walaupun kerap digempur dan diserbu pihak berkuasa, mereka seolah-olah tidak gerun dengan serbuan demi serbuan.
Bayangkan deretan lot kedai bukan sahaja di kaki lima, malah di dalam pusat beli-belah terkenal juga menjadi lubuk barangan tiruan yang dijual pada harga murah.
Ada dalam kalangan mereka sudah berkemampuan menjadi tauke dengan  membuka premis perniagaan sendiri hanya berbekalkan RM3,000 sudah cukup untuk mendapatkan stok termasuk membayar sewa premis bagi tempoh 10 hari.
Jika dihitung, ini bermakna sehari adalah RM200.  Dianggarkan peniaga-peniaga warga Bangladesh ini  mampu mengaut pendapatan kira-kira RM20,000 sebulan sedangkan  mereka tidak perlu membayar cukai seperti rakyat tempatan, beroperasi tanpa kelulusan, tetapi pendapatan mereka boleh mencecah puluhan ribu sebulan.
Mereka menggunakan kata-kata manis untuk memikat pelanggan supaya membeli barangan tiruan atas nama pelbagai jenama terkenal yang mereka jual.
Isunya di sini mengapa warga Bangladesh ini berani menjalankan perniagaan di pusat tumpuan seperti ini?
Jika mereka berniaga sendiri? Siapa yang memberi kebenaran? Apa lesen yang mereka guna atau mereka sekadar pekerja makan gaji dengan pemilik premis.
Dalam keadaan ibu negara dipenuhi warga asing dan pendatang haram hingga mencetuskan pelbagai masalah, masalah Mat Bangla yang berniaga dengan selamba ini sudah menjadi barah dalam negara kita.
Di mana peniaga tempatan? Adakah peniaga tempatan ditindas dengan lambakan warga asing yang membolot premis-premis itu?
Bagaimana pula peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan jika semua Mat Bangla diambil bekerja  oleh pemilik kedai.
Apapun  situasinya. Bukit Bintang adalah kawasan popular. Namun sudah dikuasai warga Bangladesh.
Sudahlah menjual barangan tiruan, yang menjual pula Mat Bangla. Kita di Kuala Lumpur atau di Bangladesh?
Sumber : Sinar Harian via viralisme.net

0 komentar

Post a Comment