Wednesday, 28 March 2018

KUTIP CEBISAN JASAD DIJALAN .. BAPA MAUT ANAK PARAH DIKEPALA DIGILIS TRELER. INNALILLAH…


Bukit Martajam : Ajal Mirul digilis treler laporan awal mangsa diserang sawan ketika menunggang motosikal bersama anak lelaki nya berusia 3 tahun sebelum terjatuh dijalan lalu digilis treler.
Akhbar melaporkan penunggang motosikal maut, manakala anaknya parah dikepala, selepas digilis treler di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Azmirul Abu Bakar, 36, maut di tempat kejadian, manakala anak lelakinya, Muhammad Haziq Asyraff, 3, kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika kejadian, treler terbabit dipercayai keluar dari simpang kanan untuk masuk ke jalan Bukit Minyak menghala ke Alma, di sini.
Bagaimanapun, katanya, treler terbabit dikatakan terlajak ke lorong bertentangan ketika kenderaan itu sedang susur keluar dari simpang berkenaan.
“Mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal di lorong bertentangan, melencongkan kenderaannya dan melanggar tayar belakang treler terbabit, sebelum tergilis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, apa yang berlaku mengudang pilu memandangkan mirul maut didepan anak nya Haziq pasti Haziq trauma semoga dia cepat sembuh dan ibu nya Puan Rozi tabah.
Al fatihah
Sumber : kicappedas

0 komentar

Post a Comment