Sunday, 18 March 2018

Kekasih ‘Sehidup Semati’ Maut Terjun Tingkat 14.


DISEBABKAN mengalami masalah cinta, sepasang kekasih maut selepas terjun dari tingkat 14 di sebuah pangsapuri di sebuah lokasi di Pulau Pinang, pagi tadi.
Bunyi dentuman yang kuat telah memeranjatkan penghuni di pangsapuri berkenaan dan mendapati pasangan tersebut berada dalam keadaan teruk terlantar di atas jalan.

Kedua-dua mangsa ditemukan dengan kecederaan parah dan maut akibat kecederaan yang dialami.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian pada jam 9.05 pagi itu berlaku di Blok 33, Persiaran Paya Terubong, Relau telah melibatkan seorang wanita warga Vietnam berusia 20 tahun dan teman lelakinya warga Nepal berusia 22 tahun.
“Keterangan rakan serumah mangsa wanita mengatakan bahawa sebelum kejadian mereka terdengar bunyi bising seperti ada orang bertengkar dan kemudiannya senyap.
Mereka hanya tahu mangsa yang berusia 20 tahun telah terjun apabila orang ramai melihat ke bawah melalui kaki lima balkoni,” katanya pada akhbar tempatan.
Rakan serumah mengakui bahawa mangsa kerap kali keluar bersama lelaki tersebut dan sedang dilamun cinta.
Menurut Mior lagi, siasatan lanjut di kawasan sekitar setakat ini tidak menjumpai sebarang bukti atau kesan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.
Kedua-dua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Video sekadar hiasan…

Thanks to Mynewshub

0 komentar

Post a Comment