Sunday, 25 March 2018

“Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM..” – TMJ sah letak jawatan


KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.
TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” kata TMJ.
Sebelum ini timbul desas desus yang mengatakan TMJ bakal membuat ‘U-turn’ terhadap keputusannya untuk melepaskan jawatan presiden FAM. Bagaimanapun hari ini TMJ seolah-olah mengotakan janjinya dengannya memberi surat perletakan jawatan.
Bagi sesetengah peminat sejati bola sepak tanahair, kehadiran TMJ dalam badan induk bola sepak negara itu merupakan berita baik yang dinantikan selama ini. Misi dan Visi TMJ cukup jelas dalam memartabatkan kembali bola sepak di pentas dunia.
Dengan perletakan jawatan TMJ sebagai FAM, boleh diibaratkan ‘anti klimaks’ terhadap proses pemulihan dan reformasi bola sepak Malaysia. Ini adalah kerana pengaruh besar TMJ dalam menarik pelabur serta ‘passion’ beliau terhadap bola sepak dikagumi ramai.
Diharapkan TMJ masih memberi peluang kepada diri sendiri untuk kembali sebagai pejuang bola sepak negara dan menarik perletakan jawatan sebagai presiden FAM. Sesungguhnya jasa dan bakti beliau begitu ditagih bukan sahaja dikalangan peminat malah seluruh organisasi bola sepak termasuk pemain kebangsaan yang menyanjungi beliau.
Sumber : BH Online

0 komentar

Post a Comment