Sunday, 4 March 2018

[Global] Anjing Ini Bertindak Melawan Ular Sawa Demi Menyelamatkan Kucing Daripada Menjadi Makanan

Seekor anjing bernama Tang menghias buletin utama di media Thailand kerana tindakannya melawan ular phyton sepanjang 5 meter demi melindungi sekumpulan kucing daripada ditelan ular tersebut. Berkat keberaniannya dia berjaya menyelamatkan sekumpulan kucing daripada menjadi mangsa serangan ular tersebut.
Tang adalah seekor anjing betina berusia 3 tahun, dia tinggal di desa wilayah Provinsi Ang Thong, Thailand. Di rumahnya Tang tinggal bersama anjing dan kucing lain. Pemilik Tang bernama Panisara(38) merupakan seorang animal lover
Pada hari Rabu tanggal 10 januari 2018, tiba- tiba tang menggonggong dengan kuat dan bertindak panik dengan mengelilingi rumah nya. Pemilik Tang bertindak keluar dari rumah untuk melihat apa yang sedang terjadi.
Panisara terkejut melihat Tang menggonggong ke arah sebuah pokok, dia amat terkejut menemui ular di dahan pokok tersebut. Kepala Tang dilumuri darah kesan berlawan dengan ular tersebut. Dia terus menelefon pihak berkuasa bagi membantunya menangkap ular dan seterusnya menyelamatkan haiwannya.
Ini bukan kali pertama Ular Phyton bertindak memecah masuk rumahnya, tapi sudah lima kali ular tersebut melakukan rondaan ke rumahnya.
Sebelum ini dia pernah menemui kucingnya sedang dibeliar oleh ular dan bertindak memukul ular tersebut demi menyelamatkan kucingnya. Tindakannya telah menyelamatkan kucingnya yang ketakutan itu. Namun, seekor kucing peliharannya hilang dan dia mengesyaki kucingnya dimakan oleh ular lain.
Ular itu datang lagi, untuk menangkap dan memakan kucing nya, nasib baik Tang menjadi penyelamat bertindak melawan ular tersebut dan menggagalkan rancangan jahat ular tersebut.
Cerita ini mesti seram buat anda semua kan whati Cat Lover?  Berhati-hatilah jika di sekitar rumah Anda ada ular yang berkeliaran. Pastikan anak-anak dan haiwan kesayangan dalam keadaan selamat.
Sumber:  FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

0 komentar

Post a Comment