Monday, 26 March 2018

[GEMPAR] Bayi Berusia 10 Hari “Maut” Gara2 Pengat Pisang




TRAGIS… Kenaifan seorang warga emas menyebabkan cucunya yang baru sahaja berusia 10 hari, meninggal dunia selepas disuap dengan bubur pisang.
Lapor portal Tribunnews, kejadian menyayat hati itu dikongsikan oleh Lia Imelda Siregar melalui laman Facebook dan ia dipercayai berlaku pada November tahun lalu di Kuala Simpang, Indonesia.
“Ini semua pengajaran buat kita semua. Dulu mungkin bayi baru lahir boleh diberi makan bubur pisang kerana pisangnya masih bersih dan bebas dari racun serangga,” tulisnya
Difahamkan, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu baru saja berusia 10 hari, tetapi telah disuap dengan bubur pisang oleh neneknya meskipun telah dilarang berbuat demikian.
Akibatnya, berlaku pendarahan dari hidung, mulut dan duburnya menyebabkan keluarga itu panik, lalu menghantar mangsa ke hospital.
“Si dedek (bayi) menangis saja. Jadi, saya buatkan bubur pisang untuk dia. Dulu anak-anak saya semua diberi makan bubur ini dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.
“Tetapi bila diberi pada cucu, darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya. Saya benar-benar menyesal dengan apa yang saya lakukan.
“Walaupun saya telah diberi amaran oleh bidan sebelum ini, saya degil dan tidak mempedulikan nasihat mereka,” kata warga emas itu dengan nada kesal meratapi kematian cucu pertamanya.
Difahamkan, bayi malang berkenaan sewaktu dilahirkan beratnya 1.8 kilogram (kg) namun selepas 10 hari, beranya menurun sehingga 1.3 kg.
Lia menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak mengulangi kesilapan warga emas berkenaan dan haruslah diketahui bahawa bayi berusia enam bulan ke bawah tidak digalakkan diberi makan makanan pejal kerana usus mereka masih belum mampu menghadam makanan pejal.
“Jangan beri bayi makan makanan pejal. Kasihan anak kecil ini menderita darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya sehingga hilang nyawa akibat kecuaian neneknya sendiri.
“Usus bayi tidak kuat seperti usus orang dewasa. Tolong jangan beri makanan pejal kepada bayi,” tulisnya.

0 komentar

Post a Comment