Saturday, 24 March 2018

Gara-gara Tertinggal Kerja Sekolah,Murid Di Suruh Jilat Tandas 12 Kali



Ingat tak dulu masa kecik-kecik kita tak suka sangat dengan cikgu yang suka bagi kerja sekolah, kan? Asal habis kelas je mesti dia kasi kerja sekolah nak suruh kita siapkan kat rumah nanti. Lepas tu nanti kita lupa bawak and tertinggal kat rumah, ye tak?
Kalau buat macam ni zaman dulu paling tidak pun kena rotan kat tangan takpun kena berdiri dalam kelas. Tapi cikgu kat Indonesia ni lain macam gaissss hukuman dia. Benda ni jadi di sekolah rendah kat Kampung Cempedak Lobang, Sumatra Utara.
Minggu lepas parents kepada pelajar bernama MB ni complain pasal guru perempuan kat sekolah anak dia nama Cikgu RM. RM brape? Cikgu RM ni katanya paksa MD buat something yang dahsyat sebagai hukuman sebab tak bawak kerja sekolah yang dia suruh buat sebelum ni.
Sumber: Coconuts
Cikgu RM tu suruh MB jilat tandas kotor berkali-kali just sebab dia tinggalkan kerja sekolah tu kat rumah.
“Anak saya disuruh jilat tandas 12 kali. Tapi lepas jilatan yang keempat, dia muntah,” kata ibu MB yang dikenali sebagai SH.
Tengok keadaan tandas tu pun dah nak termuntah, macam mana la murid tu boleh mampu jilat sampai empat kali. SH memaklumkan yang dia dan husband boleh terima kalau anak lelakinya tu disuruh bersihkan tandas kotor sebagai hukuman, tapi hukuman Cikgu RM ni dah melampau.
Sumber: Kompas

0 komentar

Post a Comment