Sunday, 18 March 2018

Datuk Siti Dedah Nama Dan Gambar Bayi. Tahniah Tokti



KUALA LUMPUR 19 Mac – Bayi perempuan yang dilahirkan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada pagi 1 Rejab hari ini diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra.
Menurut suami penghibur itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, nama anak Nabi Muhammad itu menjadi pilihan beliau dan Siti Nurhaliza sementara menunggu masa terbaik untuk mengumumkan nama sebenar permata hati mereka.
“Untuk tempoh seminggu ini sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih nama Fatimah Az-Zahra untuk bayi yang baru lahir ini.
“Insya-Allah kami akan umumkan seminggu dari sekarang. Sebetulnya pilihan nama sudah ada dan akan diumumkan pada satu majlis yang akan kami anjurkan kemudian,” kata Khalid kepada UTUSAN ONLINE.
Usahawan ternama itu mengumumkan perkara itu di pusat perubatan di mana Siti Nurhaliza melahirkan bayi sulung mereka.
Penghibur nombor satu negara itu selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.17 pagi tadi.
Bayi seberat 3.55 kilogram itu menamatkan penantian Siti Nurhaliza dan Khalid selepas 11 tahun bernikah.
Dalam pertemuan dengan UTUSAN ONLINE, Khalid yang tidak putus-putus melemparkan senyuman mengakui sangat sebak sebaik melihat bayinya.
Emosinya bertambah tersentuh apabila melihat isterinya yang begitu tabah dan kuat melalui proses kelahiran menerusi pembedahan.
“Terima kasih pada semua ahli keluarga dan peminat yang mendoakan kesejahteraan Siti dan bayi kami.
Sumber Makcikbawang.net

0 komentar

Post a Comment