Tuesday, 27 March 2018

BIADAP!!! Sekali Lagi Kes Warga China Kencing Di Tempat Awam!!!


BAHARU sahaja kita dikecohkan dengan insiden dua warga China yang berdegil untuk membuang air kecil di tempat mengambil wudhuk di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT).
Insiden tersebut nyata menimbulkan kemarahan membuak daripada pelbagai pihak yang mengecam sikap segelintar pelancong daripada negara Tembok Besar itu.
Namun bagaikan ingin ‘berlumba siapa lagi pengotor’ kini muncul pula insiden sama melibatkan pelancong China yang dirakam melakukan perbuatan jijik itu di sebuah pusat Membeli belah di Kota Kinabalu, Sabah.
Menerusi perkongsian dariapada pengguna Facebook Edrie Mc, dia merakam kegiatan tidak bertamadun itu pada tengah hari ini ketika berkungjung di pusat beli belah Suria Sabah.
“Pemandangan yang membuatkan saya rasa jijik pada setiap kali, iaitu buang air kecil atau berak di tempat awam dan kali ini ia berlaku di pusat belah belah.
“Pelancong ini bukannya tidak tahu terdapat papan tanda yang menunjukkan lokasi tandas dan kalau tidak sekalipun boleh merujuk di kaunter maklumat,” tulisnya beberapa jam lalu.
Difahamkan, kejadian itu dirakam pada jam 1.30 petang dan pasangan itu turut dikatakan menyalin lampin bayi mereka yang kotor selepas melepaskan ‘hajat’ bersama.
Tambah Edrie, dia mempercayai keluarga berkenaan merupakan pelancong asing selepas terdengar dialek pekat yang jelas tidak sama dengan penduduk tempatan.
Sementara itu netizen di laman sosial melahirkan rasa kurang senang dengan sikap ‘terkenal’ daripada pelancong itu dan menyarankan agar pihak pengurasan pusat beli belah memberikan notis peringat penting buat setiap pelancong luar. –
Credit to Mynewshub
*Video di bawah sekadar hiasan…
Sumber : cilipadi

0 komentar

Post a Comment