Sunday, 25 March 2018

[Al- fatihah] Ajal Pengantin Baru, Ijoi TUDM Kaku Di Jalan Motorsikal Bergesel Treler



Balik Pulau : Pergi nya dipagi jumaat yang mulia, baru 2 bulan Mohd Farizzul Kamal, 29, dan pasangan nya Nasyitah mendirikan rumah tangga mereka kini terpisah selamanya dipisah oleh ajal.
Dalam kejadian itu Farizzul atau lebih mesra dengan panggilan Ijoi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler.
Kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran stesen minyak Petronas, Kampung Jawa itu berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi ketika mangsa Ijoi dipercayai dalam perjalanan ke Bayan Baru.
Akibat kemalangan itu, motosikal mangsa dikatakan terperosok di bahagian bawah lori berkenaan, ijoy yang parah akibat digilis tayar belakang treler terbabit temui ajal ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa yang datang dari arah belakang bergesel dengan tayar belakang sebelah kiri lori terbabit.
“Mangsa yang berasal dari kampung Perlis, Balik Pulau kemudian terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.
Tambah Anbalagan, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga keluarga ijoi terutama isterinya tabah disaat mereka dipuncak bahagia dugaan besar menimpa mereka. Al fatihah.

0 komentar

Post a Comment