Sunday, 18 February 2018

Wow!!!! Shuib beli Ferrari berkat jual madu…



SETIAP orang pasti mempunyai impian untuk memiliki sebuah kereta idaman dan begitu juga dengan pelawak Shuib Sepahtu yang menyimpan hasrat sama.

Menerusi Instagram Shuib memuat naik foto bersama kereta jenama Ferarri berwarna merah mendapat perhatian pengikutnya di laman sosial itu.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 34, berkata, dia bersyukur dapat bergambar dengan kereta idamannya dengan berkat usaha perniagaan produk madunya.

“Alhamdulillah, berkat usaha dan bisnes madu, akhirnya dapat bergambar dengan kereta idaman tapi ni memang terhad sebab cuma ada 4 biji dalam Malaysia.

“Alhamdulillah… Semoga memberi inspirasi pada semua…Amin,” tulis Shuib.



Shuib bergambar dengan kereta mewah idamannya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya itu mengucapkan tahniah atas pencapaian suami kepada penyanyi Siti Sarah itu.

“Alhamdulillah… Ada usaha, maka adalah kejayaan. Semoga pintu rezeki kita semua di limpah. Semoga memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat… Amin.

“Alhamdulillah tahniah @shuibsepahtu berkat kerja keras selama ni,” tulis beberapa orang pengikutnya.

Bagaimanapun, ketika dihubungi mStar Online, Shuib memberitahu bahawa kereta tersebut bukan miliknya dan hanya sekadar untuk bergambar sahaja.

“Tak adalah, bukan kereta saya. Itu kereta orang, saja nak bergambar,” kata Shuib secara ringkas.

Sebelum ini, Shuib membuat pengumuman tidak lagi bertugas sebagai penyampai radio Sinar FM pada 29 November tahun lalu bagi memberi tumpuan pada perniagaan madunya.

Sumber – MStar

0 komentar

Post a Comment