Wednesday, 21 February 2018

[Viral] Wajah seiras Neelofa, Alhamdulillah, bagi saya ini satu anugerah

DIA sangat bijak, saya kagum dengan pencapaiannya.Kebijaksanaan dan kejayaannya yang patut dicontohi bukannya rupa.Wajah seiras Neelofa, Alhamdulillah, bagi saya ini satu anugerah.”
Demikian kata Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 22, wanita yang dikatakan seiras dengan pelakon dan pengacara popular itu sehingga gambar dan videonya tular di media sosial, sejak Isnin lalu.
Neelofa seorang yang cantik.Jadi saya bersyukur juga.Bila disamakan dengannya saya perlu ikut jejak langkah dia sebagai antara selebriti yang berjaya di Asia tetapi sebagai diri saya sendiri.
Dia seorang yang sangat berjaya dan bijak dalam bidang perniagaan.Itu yang saya dan wanita lain patut contohi dalam bidang masing-masing,Katanya ketika ditemui selepas sidang media memperkenalkan dirinya sebagai wajah baru penyampai Berita TV9 di Sri Pentas,Hari ini.
Hawa Rizwana yang dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat mula menjalani latihan sebagai penyampai berita bulan lalu ketika sedang mengikuti latihan industri sebagai Wartawan Penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI) dan tamat bulan ini sebelum terus ditawarkan bekerja.
Alhamdulillah, Pengarang Eksekutif Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali nampak bakat saya ketika itu dan menawarkan saya untuk mengikuti uji bakat sebagai penyampai berita.
Saya sudah bersedia hadapi cabaran baru dalam hidup saya.Bagi saya hidup ini satu pembelajaran.
Jadi saya bersedia untuk melakukan yang terbaik, bersedia terima kesilapan yang akan saya lakukan dan cuba perbaiki diri dari semasa ke semasa,katanya yang juga anak kedua daripada tiga adik-beradik.
Dia yang mempunyai darah keturunan Arab, Siam dan Acheh itu dijangka bersiaran di Berita TV9 pada 12 tengah hari dan akan bergandingan dengan penyampai berpengalaman bermula 1 September lalu.
Sementara itu, Wan Sabariah berkata,Hawa yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa Kewartawanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipilih menjadi penyampai baru saluran televisyen itu bukan kerana kisahnya yang tular di media sosial.
Kami nampak potensi dia yang boleh berkembang sebagai Wartawan Penyiaran dan penyampai berita sejak Mei lalu ketika dia masih menjalani latihan industri dan bukannya disebabkan wajahnya iras Neelofa.
Hawa mempunyai suara yang sesuai sebagai penyampai berita dan latar belakang akademik dalam bidang kewartawanan mengukuhkan lagi kredibiliti dirinya untuk dipilih kerana wajah menjadi pilihan kedua dan kita boleh solek mereka menjadi lebih menarik,ujarnya.
Pada sidang media sama, anak bekas personaliti TV3,Allahyarham Aziz Desa iaitu Mas Zharif Zhafri, 23, turut diumumkan sebagai bakal penyampai baru bersama Hawa.
Meneruskan legasi arwah bapa bukannya mudah kerana orang pasti akan membandingkan saya dengannya yang cukup berpengalaman.
Apa pun saya berjanji untuk menjaga maruah diri, namanya dan keluarga serta terus belajar menjadi penyampai yang baik memandangkan saya sudah didedahkan dengan dunia penyiaran ini ketika arwah masih hidup.
Dia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) juga ditawarkan sebagai penyampai Berita TV9 selepas menamatkan latihan industri di Jabatan Berita TV9.

0 komentar

Post a Comment