Thursday, 15 February 2018

Viral Satu Malaysia kena “GAME !” -Iqram Dinzly Sengaja Buat Semua Ni Sebab…



PELAKON Iqram Dinzly mengakui bahawa perilakunya yang kini tular dan menjadi buah mulut netizen hanyalah sekadar untuk menarik perhatian.

Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin atau kini mahu dipanggil Iq sahaja menjelaskan strateginya ini dianggap berjaya.

“Saya sengaja mahu menarik perhatian netizen yang selama ini terlalu banyak mengkritik semua orang seolah-olah mereka terlalu baik sangat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Iq juga menjelaskan bahawa ini adalah sebagai salah satu cara untuk dia mendapatkan perhatian umum.

“Sekarang ini saya sengaja ‘selerakkan’ diri saya selepas itu saya akan ‘cantum-cantumkan’ semula dan jadi diri yang lebih baik.

“Saya undur diri dari bidang seni lakon, namun saya akan beri tumpuan pada bidang perniagaan yang berkaitan dengan seni pula.

“InsyaALLAH, sekarang ni saya sedang berusaha ke arah yang lebih positif di ruangan LV [ Live Video ] – Zone Princhiqy Dinzly Positivity Cheeqy Cheeqy dan akan membawanya ke dunia realiti sambil menikmati alam semuala jadi yang menghijau berseri,” jelasnya.

Ketika dimaklumkan tentang reaksi masyarakat mengenai videonya yang tersebar kini, Iq tidak menafikan bahawa pada mulanya dia tertekan selepas kematian ayahnya.

“Dulu ya tertekan sedikit tetapi sekarang tidak lagi. Saya kena jaga Mama saya. Jangan bimbang saya masih waras,” tegasnya.

Cerita Iq semakin hangat diperkatakan apabila dia memuat naik video-video dengan aksi tarian pelik dan ada yang dianggap lucah.

Sementara itu, reaksi tindak balas Iqram dan Ultimet…


Tak Puashati Ditegur ALTIMET Di Malam AJL32, Pelakon Kontroversi IQRAM DINZLY Balas Kenyataan Itu Seperti Men’CABAR’ Balik..??? Rata-Rata Netizen Sependapat Dengan Altimet…

Semalam, penyanyi rap Altimet menerusi akaun Twitternya dalam nada bengang memberikan amaran yang agak keras kepada pelakon kontroversi, Iqram Dinzly.

Altimet memberitahu beliau tidak boleh bayangkan apakah kemudaratan yang akan berlaku sekiranya Iqram tiba-tiba naik ke atas pentas dan “menceroboh” persembahannya ketika di AJL 32.

Tidak mahu terus berdiam diri, Iqram tampil membalas kenyataan Altimet. Sepertinya, beliau seakan tidak gentar dengan amaran yang diberikan.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah netizen yang berpendapat teguran Altimet itu adalah wajar. Kita haruslah menghormati orang lain ketika mereka melakukan persembahan. Apa komen anda?

Lain Pula dengan Kes Pengacara Melodi Janna Nick


Jangan Janna …… !!! “Terdetik Rasa Ingin Mencuba” – Pendedahan Janna Nick Ada Kawan

Artis Bagi Dadah Untuk Berseronok
Pernah ditawarkan dadah oleh rakan sesama artis, Janna Nick akui pernah teringin untuk mencubanya untuk menambahkan tenaga tetapi kerana masih berfikiran waras, beliau menolaknya. Jelasnya ramai rakan artis mengambil dadah bagi tujuan berseronok dan mengatasi tekanan.

“Sebagai manusia pasti terdetik rasa ingin mencuba tapi semuanya terletak pada pendirian masing-masing sama ada untuk terjebak atau tidak. Saya sendiri tidak mahumasa depan saya gelap disebabkan dadah”!!

“Jika bertemu mereka saya tidak akan berjumpa pada waktu bekerja. Walaupun kadang-kadang saya tahu mereka di bawah pengaruh dadah tetapi saya okey,” katanya kepada Projek MMO mengenai beberapa kenalan memberitahunya dadah boleh memberikan tenaga.!!

Walaupun tidak kisah berkawan dengan rakan yang mempunyai tabiat buruk, namun Janna selagi boleh mengelak untuk bertemu dengan mereka yang suka membawa dadah ketika keluar melepak. Sedih mendengar industri hiburan bergelumang dengan dadah, apalagi kebanyakkannya beragama Islam!!!

0 komentar

Post a Comment