Thursday, 15 February 2018

TERKINI!!! Semak Status BR1M Melalui Applikasi Telefon



Semak Status BR1M Melalui Applikasi Telefon

Semakan BR1M 2018 Melalui Applikasi Android Dan AppStore. Berita baik buat penerima dan pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2018). Kini semuanya menjadi lebih mudah untuk Semak Status BR1M Melalui Applikasi Telefon. LHDN telah memperkenalkan applikasi mobile Semakan BR1M yang antara lain dapat memudahkan penerima BR1M 2018 dalam membuat semakan status kelayakan masing-masing. Samada lulus atau gagal.

Diantara kemudahan yang terdapat pada aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah semakan status penghantaran borang, permohonan, status bayaran dan status rayuan BR1M. Pemohon BR1M kini boleh memuat turun/ download aplikasi ini menerusi Play Store untuk platform Android atau App Store untuk platform iOS.



Semak Status BR1M Melalui Applikasi Telefon SEMAKAN BRIM

Semakan BR1M 2018 Menggunakan Aplikasi Telefon

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Status BR1M Melalui Applikasi Telefon. Pengenalan aplikasi mobile mudah alih ini sekaligus memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara.

Cara Semak Status BR1M Melalui Aplikasi Telefon Mudah Alih (Mobile)

Pemohon perlu memuat turun aplikasi ini dari Play Store (Android) dan App Store (iOS) dengan kata carian “Semakan BR1M”



Klik Google Play Dan App Store
Ikut arahan mudah yang diberikan
semak status brim melalui applikasi telefon

Kaedah Lain Semakan BR1M 2018

Pengguna juga mempunyai pilihan lain dalam membuat semak status BR1M 2018 mereka. Diantaranya adalah seperti berikut :-

i) MyBR1M Online

Melalui MyBR1M, pemohon bantuan boleh membuat semakan BR1M 2018 secara atas talian atau online dengan mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut :-

Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.
ii) Melalui Pos

Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M
iii) Semakan Melalui e-Mail

Hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain.
yatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.
iii) Semak Melalui Talian Telefon

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia adalah 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Semakan hanya pada hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang
Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 termasuk masalah semakan status BR1M, sila rujuk kepada

Cawangan LHDNM berdekatan. Sila bawa sekali salinan pengenalan diri pemohon termasuk pasangan dan tanggungan jika perlu.
Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716 : Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565, 03-8882 4566
e-Mel : br1m@treasury.gov.my
Laman Web : https://ebr1m.hasil.gov.my/ & Laman Facebook Rasmi LHDN
Tahniah buat LHDN yang berjaya membangunkan applikasi semakan BR1M secara mobile. Selamat membuat semakan status BR1M dan semoga permohonan anda berjaya.

Sumber : semakan.my


0 komentar

Post a Comment