Thursday, 15 February 2018

Terkini ! Kereta bertembung dengan pancuan 4 roda - Guru maut & suami pula menyusul 5 jam kemudian..Inalillah..



PERCUTIAN sempena Tahun Baru Cina bertukar tragedi buat seorang guru apabila dia terbunuh, manakala suami bersama dua anak mereka serta ibunya cedera selepas kereta dinaiki bertembung pacuan empat roda, hari ini.

Kejadian berlaku di Kilometer 4.5 Jalan Bindu kira-kira satu kilometer dari kediaman keluarga itu pada 10.30 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa Nur Farhana A Razak, 29, mati di lokasi akibat parah di kepala.

Manakala suaminya, Mohamad Hashim Marhaban, 31, yang memandu Perodua Myvi kini kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Ibu mangsa Hazah Abd Kadir, 60, serta dua anak pasangan itu, Muhammad Hadif Zafri, 3, dan Muhammad Hafiy Iman, 11 bulan, turut cedera tetapi dalam rawatan di HSNI.



Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa bersama keluarganya dalam perjalanan dari arah Jalan Kluang menghala ke Tongkang Pechah.

“Siasatan awal mendapati pacuan empat roda memasuki laluan bertentangan lalu menghentam kereta mangsa.

“Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan mati di lokasi, manakala semua ahli keluarganya cedera termasuk suaminya parah,” katanya.

Abdul Wahib berkata, pemandu pacuan empat roda yang cedera juga dikejarkan ke HSNI untuk rawatan.

Katanya, polis akan menahan pemandu pacuan empat roda berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, adik mangsa Farid, 26, berkata kakak sulung bersama keluarganya tiba di kampungnya malam tadi untuk menghabiskan cuti Tahun Baru Cina.

“Kak Long dan keluarga baru tiba dari Gemas, Negeri Sembilan malam tadi bagi meluangkan masa berkumpul bersama keluarga sempena musim cuti perayaan ini.

“Ketika kemalangan Kak Long, abang ipar, ibu saya serta dua anak saudara dalam perjalanan dari pekan untuk pulang ke rumah selepas membeli barangan untuk memasak,” katanya.

0 komentar

Post a Comment