Tuesday, 13 February 2018

[TERKINI…] Ajal Pelajar sekolah maut kepala dilibas bilah mesin rumput…



PELAJAR perempuan maut manakala dua rakannya cedera akibat terkena bilah traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak berkata, dalam kejadian 10.30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan.

Beliau berkata, dua pelajar cedera ringan adalah Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana kejadian itu berlaku. Namun, difahamkan ketiga-tiga pelajar itu berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah berkenaan sebelum kejadian itu berlaku.

“Pihak polis menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi dengan segera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala pelajar yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, pelajar tingkatan dua Nur Afini Roslan dipercayai maut di tempat kejadian, manakala seorang rakannnya, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, mengalami kecederaan di belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.30 pagi dan sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian ketika ini.

“Siasatan awal mendapati bilah mesin rumput itu tercabut dari traktor itu sewaktu sedang menjalankan kerja-kerja memesin rumput. Objek itu kemudian melantun ke arah kepala kedua-dua mangsa.

“Kita telah menahan pemandu traktor tersebut berusia 26 tahun bagi membantu siasatan dan pada masa ini kes disiasat dibawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Hamazah meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut kerana polis percaya insiden itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah sebaliknya satu kemalangan.

– K! ONLINE

0 komentar

Post a Comment