Wednesday, 21 February 2018

Syukur Alhamdulillah..!!! Akhirnya…“Ada Orang Jaga Abah Dah…” – Elly Mazlein #LawanyamaktiriElly


PENYANYI dan pelakon popular Elly Mazlein mengakui kehadiran ibu tiri melengkapkan lagi kehidupannya sekeluarga ketika ini.
Menurut Elly, bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah sudah bernikah buat kali kedua dengan wanita pilihannya pada 18 November tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur abah bertemu jodohnya tahun lalu.
“Semua ahli keluarga gembira dengan kehadiran makcik (ibu tiri) yang menerima seadanya keluarga kami.
“Begitu juga keluarga makcik turut menerima kami dalam keluarga mereka,” katanya.
Kata Elly lagi, kehadiran ibu tiri turut melengkapkan lagi kehidupan bapanya selepas pemergian ibunya, Sabariah Ahmad kerana sesak nafas pada 2014.
“Terus terang, sebagai anak, saya tetap setia menjaga abah sampai bila-bila pun.
“Selepas sekian lama, akhirnya ada orang menjaga makan dan pakai abah sebaik mungkin.
“Kehadiran makcik melengkapkan hidup abah dan dia tidak lagi berasa sunyi lagi sekarang,” katanya.
Sumber : mukabukuviral

0 komentar

Post a Comment