Tuesday, 20 February 2018

[Sedih] Setelah 40 hari kematian ibu, kini bapanya maut kemalangan, anak kecil ini yatim piatu.



Berat dugaan anak kecil ini.Ajal, pertemuan dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya.kita hanya mampu merancang , takdir DIA yang menentukan. Setelah ekhilangan ibunya , 40 hari kemudian beliau kehilangan bapanya pula akibat kemalangan.

Ibu nya Elysa Kahema meninggal dunia setelah bertarung nyawa parah kemalangan ketika itu tinggal lah baby Elzara ini bersama bapa nya Syazwan Naim tanpa kasih sayang seorang ibu.

Semalam satu lagi detik pilu apabila bapa nya Mohd Syazwan Naim Mohd Sandradee, 26, telah terlibat dalam kemalangan semasa membonceng motosikal bersama rakan nya, di Kilometer 376.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Slim River hari ini.Syazwan dan rakan nya Mohd Hairric Mohd Hafiz Chandar, 28, yang menunggang motosikal jenis Honda RS150R maut di tempat kejadian. 
Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Rumah Anak Yatim Tapah, menuju ke Tanjung Malim untuk makan bersama.Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan. 
“Akibat pelanggaran itu, motosikal dinaiki terbabas dan Mohd Hairric terseret di tengah jalan manakala sahabatnya pula tercampak di bawah pembahagi jalan .“Kedua-duanya disahkan maut di tempat kejadian dan siasatan polis juga mendapati terdapat kesan seretan sepanjang 67.3 meter di permukaan jalan lebuh raya itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. 
Al fatihah buat kedua2 ibu dan bapa baby kecil ini. sama2 kita doakan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Walaupun masih kecil dan tidak tahu apa2, ujan yang dihadapi baby ini cukup berat. 

0 komentar

Post a Comment