Saturday, 17 February 2018

Pergi mu sungguh tragis Faiz..Kepala terpisah dari jasad dihiris pembahagi jalan..Al-Fatihah..


Kajang : Ajal penunggang motosikal berkuasa tinggi putus kepala dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 7.1 Lebuh raya Kajang-Seremban (LEKAS) menghala Selatan, malam tadi.
Mangsa yang dikenali dengan nama Faiz ,25, merupakan seorang pengurus Hotel di Sunway maut ditempat kejadian dalam keadaan tragis kepala bercerai dari jasad dihiris pembahagi jalan semasa kemalangan.
Mangsa yang baru setahun lebih berkahwin meninggalkan seorang isteri tidak disangka ajal Faiz dia akan maut dengan motosikal kuasa tinggi milik nya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.59 malam.
Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada penunggang Kawasaki Z800 yang dikatakan memotong Honda CR-V dari sisi kiri sebelum memotong pula Perodua Alza.
“Ketika kejadian, pemandu Honda berada di lorong kedua lebuh raya berkenaan manakala, Perodua Alza berada di lorong pertama.
“Selepas memotong Honda CR-V, mangsa (penunggang motosikal) dikatakan cuba memotong pula PERODUA Alza dari sebelah kanan namun hilang kawalan dan melanggar sisi kanan kenderaan itu.
“Perlanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa terpelanting dan jatuh di lorong kedua lebuh raya sebelum berpusing beberapa kali dan dilanggar Honda CRV yang tidak sempat membrek.
“Mangsa pula terpelanting ke arah besi pembahagi jalan di tengah jalan dan lehernya dipercayai terkena besi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dzaffir berkata, mangsa yang juga lelaki berusia
25 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat putus kepala.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa yang berasal dari Mantin, Negeri Sembilan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
“Pemandu kereta Honda CR-V dan PERODUA Alza tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, semoga isteri dan keluarga nya tabah arwah seorang insan yang sangat berdedikasi dan amat disenangi rakan-rakan permergian nya dengan tragis amat dirasai. Al fatihah.
Sumber : accidentportal.com

0 komentar

Post a Comment