Sunday, 4 February 2018

Kejam ! Air jampi digunakan untuk Aina mangsa dera bapa dan ibu tiri sendiri..



POLIS merampas bekas air kononnya mengandungi air jampi yang digunakan suspek untuk ‘mengubati’ anaknya Nur Aina Nabihah, 9, yang maut didera, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, soal siasat terhadap anggota tentera berusia 35 tahun itu mendakwa mendapatkan air jampi terbabit daripada seorang ustaz.

“Suspek mendakwa anak perempuannya seorang yang degil dan tidak mendengar kata menyebabkan dia berjumpa ustaz untuk mengubati anaknya itu.

“Dia mendapatkan air berkenaan untuk mengubati mangsa. Berikutan itu, kita merampas bekas air itu bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Suspek dan isterinya berusia 34 tahun iaitu ibu tiri mangsa ditahan reman selama tujuh hari sejak Jumaat lalu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka ditahan selepas bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati buah pinggang rosak, usus koyak dan tulang rusuk patah dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Sebelum itu, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri di rumah keluarganya di Lukut, Port Dickson, lalu dibawa oleh bapa kandungnya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia 12.30 tengah malam.

0 komentar

Post a Comment