Wednesday, 21 February 2018

Innalillah…Sungguh Menyayat Hati Bila Dua Murid Parah Dilanggar Depan Sekolah…Ini Punca Kemalangan Itu Buat Ramai Rasa Sedih!!!…

DUNGUN: Dua murid cedera parah apabila motosikal dibonceng mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Paka – Al Muktafi Billah Shah, depan Sekolah Kebangsaan (SK) Santong, Paka, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi, mangsa yang juga adik-beradik, Muhammad Salahuddin Mohd Nasir, 12, dan Najwa Adawiyah Abdul Nasir, 11, cedera parah di bahagian kepala.
Bagaimanapun ibu mereka, Noor Azizah Talib, 48, yang menunggang motosikal jenis Modenas CT100 hanya cedera ringan.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika Noor Azizah dikatakan membuat pusingan U di lokasi kejadian untuk menghantar anaknya ke sekolah itu.
Secara tiba-tiba, sebuah kereta Perodua Alza dipandu Mohd Shahrul Muin Mamat Ismail, 26, dari arah sama dikatakan merempuh belakang motosikal terbabit.
Akibat perlanggaran itu, tiga beranak berkenaan tercampak ke atas jalan sebelum dikejarkan orang ramai ke Hospital Dungun.
Ketua Polis daerah, Superintenden Baharudin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, pada 20 September 2016 di lokasi sama, seorang murid SK Santong, Muhamad Syamil Harun, 10, maut dirempuh sebuah kereta ketika melintas untuk ke sekolah.
“Saya merayu kepada semua pemandu agar memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan sekolah itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

0 komentar

Post a Comment