Sunday, 4 February 2018

[Global] Rusia Tawar Pakej Melancong Ke Angkasa Lepas, Harga Pakej Pon Boleh Tahan!


MOSCOW - RUSIA. Rusia merancang menghantar pelancong ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) untuk pertama kali, menurut jurucakap industri angkasa negara itu, kelmarin.

"Kami sedang berbincang untuk memberi peluang kepada pelancong berjalan di angkasa. Penganalisis pasaran mengesahkan perkara ini yang mana golongan kaya sedia membayar wang untuk pakej melancong tersebut," kata Ketua Syarikat Angkasa Rusia, Energia, Vladimir Solntsev.
Jelasnya, kos perjalanan itu kira-kira AS$100 juta (RM388 juta) dan bayaran tersebut mungkin dikurangkan bagi pelancong pertama.

"Pelancong dapat berjalan di angkasa dan membuat filem atau klip video," ujarnya lagi.   
Difahamkan, Energia yang berada di belakang pelancaran manusia pertama ke angkasa lepas, Yuri Gagarin pada 1961 sedang membangunkan modul baharu, NEM-2 untuk membawa pelancong ke ISS.

NEM-2 yang bakal dilancarkan pada 2019 itu, boleh memuatkan sehingga enam penumpang dalam satu masa selain dilengkapi kabin, dua tandas dan akses internet.

sumber - Sinar Harian

0 komentar

Post a Comment