Tuesday, 13 February 2018

[Global] Ibu Dan Anak Tinggal Dalam Kontena Sahaja-Tapi Lihat Di Dalam Dan Anda Pasti Akan Terkejut!

Dengan sedikit imaginasi dan kreativiti, bolehkah sebuah kontena kapal buruk bertukar menjadi rumah impian?
Tanya Lulu – seorang ibu yang terpaksa keluar dari rumahnya dan tidak menpunyai apa-apa alternatif lain selain daripada err, tinggal dalam kontena.
Ia mungkin berbunyi aneh, tetapi tunggu sehingga anda melihat apa yang telah dibuat oleh Lulu. Dan terus terang, ia betul-betul tampak selesa!
Apabila Lulu mula menyambung pengajiannya dia tidak mempunyai masa untuk mengambil kerja tambahan sepenuh masa . Namun, dia mahu meluangkan lebih banyak masa bersama anak perempuannya semasa waktu luangnya. Tetapi ini bermakna dia tidak mampu membayar sewa.
Beliau akhirnya terpaksa keluar dari rumah sewanya – dan cuba hidup di dalam kontena kapak 15 meter persegi yang dia dapat secara percuma.
Tanpa sebarang pengalaman pembinaan, Lulu menghabiskan kira-kira sebulan membina rumah baru mereka dengan tingkap, penebat, dan dapur yang berfungsi. Dia berjaya membina segala-galanya menggunakan bahan kitar semula.
Jumlah kos di rumahnya yang baru? Hanya $ 4,000.
“Apabila anda tidak mempunyai wang, anda secara otomatik akan menjadi kreatif,” kata Lulu.
Hasilnya? Tampak selesa.
Tak nampak sempit atau berterabur.
Dia juga membina balkoni kecil untuk menikmati matahari.
Siap ada taman kecil lagi…cantik!
Dia juga bina sebuah bilik tidur berasingan di sebuah treler besar …
… Dan lihatlah betapa menakjubkan rupanya!
Anak perempuan Lula juga mempunyai katil tingkat sendiri di mana dia boleh tidur dan berjumpa dengan kawan-kawannya.
Lulu tidak akan teragak-agak dan sanggup berpindah ke tempat yang lebih murah jika ia bermakna yang dia boleh meluangkan lebih banyak masa dengan anak perempuannya.
“Ini semua bergantung dengan pilihan kita sendiri, berapa jam yang kita ada setiap hari, dan bagaimana kita mahu menghabiskan masa tersebut,” katanya.
sumber media terkini
MASYAALLAH!! Rumah ini tidak berpenghuni sejak tahun 1956, namun selepas pemilik baru pindah masuk, apa yang ditemuinya amat memeranjatkan sekali. Mari saksikan foto2 apa yang dijumpai pemilik baru ini di dalam rumah lama itu.
#Apa yang anda lihat di sini bukanlah daripada filem, namun ia adalah gambar dapur asal yang dibina pada tahun 1956 yang tidak disentuh hampir 60 tahun.
#Pada tahun 2010, pereka perabot Amerika, Nathan Chandler, membeli sebuah rumah yang tidak didiami sejak tahun 1956.
#Secara amnya, mesti kita terbayangkan akan menjumpai banyak habuk dan sampah seperti dalam rumah-rumah lama. Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila pemilik baru itu mendapati semua tempat terutamanya dapur, dalam keadaan baru dan sempurna.
#Pemilik sebelumnya telah membinanya sekali dilengkapi dengan perabot rumah, tetapi tidak pernah menetap di sana
sumber : lipasterbang.net

0 komentar

Post a Comment