Tuesday, 20 February 2018

[Global] Bayar 5000 Untuk Trend Bibir ‘Tanduk Kerbau’ Jadi Kegilaan Gadis Thailand Selamat tinggal bibir mungil.


Kalau terlalu taksub nak cantik, ada orang sanggup melakukan pembedahan kosmetik untuk tampil lebih menawan. Selain Korea Selatan, salah satu negara dimana wanitanya suka melakukan pembedahan kosmetik adalah di Thailand.
Trend Terbaru yang melanda Thailand adalah trend bibir umpama tanduk kerbau.
Telah berleluasa sejak lima tahun yang lalu, trend ‘buffalo nut’ ini mula mendapat perhatian apabila wanita Thailand ingin mempunyai bibir persis artis terkenal Thailand, Patcharapa “Aum” Chaichua. Trend ini hanya berada di Thailand dan belum dilihat di negara-negara lain.
Caranya, bahagian tengah bibir akan dimuncungkan sedikit dengan mengurangkan isi bibir pada belah kiri dan kanan. Kos bagi operasi ini boleh menelan belanja dari RM3,000 ke RM5,000.
Walaupun tampak hanya di bibir, operasi ini turut mempunyai risikonya yang tersendiri. Bibir yang terlalu nipis akan menjadi tidak seimbang dan tidak sempurna. Bibir juga akan tidak kelihatan apabila anda senyum atau ketawa.
Antara kesan buruk bibir ‘tanduk kerbau’ ini adalah senyuman tidak simetri, bengkak akibat kesan jahitan dan anda tidak boleh menutup mulut dengan sempurna. Dan paling penting, sekali anda melakukan operasi ini, bibir anda tidak boleh dikembalikan ke bentuk asal lagi. Jadi, fikir panjang sebelum buat keputusan.
sumber : rojakdaily

0 komentar

Post a Comment