Wednesday, 14 February 2018

(Gambar) Tiga termasuk bayi 6 bulan maut kemalangan di Serdang



BANDAR BAHARU – Tiga termasuk seorang bayi perempuan maut sementara seorang lagi parah setelah kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Batu 12 Terap Serdang dekat sini tengah hari tadi.





Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.18 tengah hari dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.



Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Satria dan sebuah lori sampah. Empat mangsa di dalam kereta termasuk dua daripadanya tersepit sebelum operasi mengeluarkan mangsa dijalankan.



Tiga mangsa termasuk dua yang tersepit itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di sini.

Difahamkan kesemua mayat mangsa termasuk dua lelaki itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

0 komentar

Post a Comment