Thursday, 1 February 2018

[Foto] Wow Betul Pelanduk Dua Serupa!!! Artis Korea Seiras Artis Malaysia!!!



BUAT peminat k-drama, pastinya dah berpuluh drama kamu semua dah tengok kan? Perasan tak ada pelakon korea yang serupa dengan artis Malaysia? Jom kita tengok sama-sama!!!

Choi Ji Woo & Erra Fazira

Senarai Artis Korea Seiras Artis Malaysia

Kedua-duanya pelakon yang digemari ramai, tinggi lampai, hidung terletak, wajah jelita dan mempunyai aura yang sama. Masing-masing berlakon drama, filem dan menjadi duta pelbagai produk.

Choi Ji Woo terkenal di Asia dengan drama Winter Sonata manakala Erra kekal di ingatan peminat sehingga kini dengan filem Sembilu dan banyak lagi.

Kim Go-Eun & Janna Nick

Senarai Artis Korea Seiras Artis Malaysia

Masing-masing adalah pelakon generasi baru dengan gaya rambut pendek yang hip, senyuman yang sangat manis menawan dan mampu membawa watak romantik komedi dan juga sedih dengan baik.

Kim Go-Eun menjadi pelajar universiti, watak heroin dalam dua drama Goblin dan Cheese in the trap. Janna Nick pula gemar mengayakan fesyen yang sama. Topi besbol, baju sejuk kapas dengan ‘hood’ dan kemeja-T.

Kim So Hyun & Liyana Jasmay

Senarai Artis Korea Seiras Artis Malaysia

Mereka berdua ini sememangnya mempunyai susuk badan yang genit dan wajah comel seperti pelajar sekolah dan pernah melakonkan watak tersebut dalam drama/filem. Untunglah awet muda!

Walaupun muka mereka muda belia, Kim So Hyun memberi lakonan yang mantap dalam drama The Suspicious Housekeeper dan Goblin, begitu juga Liana Jasmay dengan lakonan yang mendalam untuk filem Khurafat dan Kami the movie.

Go Ara & Leez AF

Senarai Artis Korea Seiras Artis Malaysia

Mata, kening, hidung, bibir dan bentuk muka yang sama. Cantik betul mereka berdua ini, cair dibuatnya!!!

Kedua-duanya juga pelakon berbakat yang pandai membuat pelbagai mimik muka comel dengan bersahaja. Bila menangis, kita pun tumpang sedih. Kan?? Drama terbaru Go Ara adalah Hwarang. Leez AF kini manis bertudung.

Song Hye Kyeo & Siti Nurhaliza

Senarai Artis Korea Seiras Artis Malaysia

Wajah semulajadi cantik yang polos ‘innocent’ dengan bibir mungil adalah ciri mereka yang sama. Kedua-duanya mempunyai bakat tanpa sepadan dalam bidang masing-masing.

Song Hye Kyeo mampu melakonkan apa sahaja watak seperti watak comel dan lucu dalam Full House manakala watak wanita buta yang serius kerap bersedih dalam That Winter the Wind Blows. Dan yang terbaru watak doktor yang matang dan manis dalam Descendents of the Sun.

Siti pula boleh menyanyi dengan sempurna dalam pelbagai genre muzik, semua dipukul rata!!! – MYNEWSHUB.CC

Sumber gambar: Google

Olahan: Puan Yuja-Cha

0 komentar

Post a Comment