Tuesday, 20 February 2018

[Foto] Inilah 5 artis yang diberi petunjuk dari Allah.. No. 2 tu memang terbaik !


Alhamdulillah, satu fenomena penghijrahan artis-artis di Malaysia dari terlalu lalai kepada lebih menjaga adab sopan dan menutup aurat mengikut tata cara Islam. Semoga kamu semua dapat istiqomah (maintain) dan tabah menghadapi ujian dan cabaran.
Abaikan saja mulut-mulut celupar yang suka mengejek dan memaki hamun. Sedangkan Nabi Muhammad S.a.w pun diejek dan dibenci oleh orang-kafir walaupun mereka tahu bahawa akhlak Nabi mulia tiada bandingan, apatah lagi kita zaman sekarang.  Semoga kita dapat memberi semangat dan mengalu-alukan mereka yang mendapat hidayah dan mahu berubah ke arah Islamik, bukannya menjadi pencaci dan pembenci, na’uzubillahi min zaalik.
1 – Pierre Andre
Pierre Andre (lahir 1985) adalah seorang pelakon Malaysia. Wataknya sebagai Reza dalam filem Gol & Gincu 2005 adalah peranan utama pertamanya. Sejak itu beliau telah muncul dalam filem-filem lain dan siri TV, juga menulis skrip, dan mengarahkan filem pertamanya.
Tahun 2006 dalam Festival Filem Malaysia ke 19 memenangi Pelakon Harapan.  Tahun 2007 dalam Festival Filem Malaysia ke 20 menang sebagai Pelakon Terbaik dan tahun 2012 dalam Anugerah Skrin 2012, menang Anugerah Yasmin Ahmad.
Ketika menerima trofi dalam Anugerah Skrin 2012, Pierre telah mengucapkan beberapa kata-kata yang telah menggetarkan banyak jiwa.
“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya.
“Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘La ilaaha illallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” ucap Pierre dalam majlis itu.
Dia telah mula mengikuti Jemaah Tabligh 4 bulan sebelum majlis itu.
2 – Abby Abadi
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan lahir pada 1 Disember, 1977, adalah seorang pelakon Malaysia yang membintangi drama polis popular, Gerak Khas. Beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk Pelakon TV Paling Popular pada tahun 2000, 2001, 2002, dan 2003.
Abby adalah anggota kumpulan Elite, sebelum meninggalkannya pada tahun 1998. Beliau menyertai rancangan TV Roda Impian semasa musim kedua, sebagai hos bersama.
Abby berkahwin dengan pelakon Norman Hakim (Inspektor Haris), pada tahun 2002. Norman dan Abby telah disahkan bercerai (talak satu) di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada tahun 2008 selepas mereka bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha.
Kunjungan Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 – 6 Mac 2012 telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.
“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang dari Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen .. tak apa lah, sebab saya sayangkan agama saya.” MasyaAllah, itulah kata-kata Abby ketika berucap di pentas PAS anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah pada 26 Jun 2012.
3 – Alyah
Noor Hasliah Abu Hasan (32) atau lebih dikenali sebagai Alyah merupakan seorang penyanyi pop wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’ ciptaan Ajai dan Habsah Hassan. Bakat Alyah dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia yang menobatkan beliau sebagai juara.
Kunjungan penyanyi Alyah ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 27 Mac – 11 April 2013 telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.
“Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.” [mStar Online]
4 – Farah Asyikin
Farah Asyikin binti Zulkifli (lahir November 11, 1979) ialah seorang penyanyi dan komposer Malaysia yang meraih tempat ketiga dalam musim kedua pertandingan Malaysian Idol pada tahun 2005 dan tempat kelima dalam pertandingan One in a Million tahun berikutnya.
Sebenarnya, Farah sudah lama menceburi bidang hiburan sebelum menyertai pertandingan nyanyian TV pada pertengahan 2000-an. Pemegang Diploma Lanjutan Pengiklanan dan Penyiaran dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing ini menjayakan iklan TV pertamanya seawal usia 16 tahun iaitu iklan snek Twisties. Beliau mula dikenali sebagai penyanyi apabila menghasilkan single Kembali Lagi Di Sisimu menerusi album kompilasi Bebas yang dihasilkan untuk mempromosikan produk Salem Cool Planet.
Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi itu untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya.  Dia akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal 12 Februari 2012.
Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.
“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.
“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat
“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,” jelasnya lagi. [murai.com.my]
5 – Fiza Halim
Pelakon dan juga merupakan bekas anggota kumpulan sensasi 90-an, Elite, Fiza Abdul Halim atau Fiza Elite menunaikan hasratnya dengan kini tampil bertudung penuh sejak 6 Jun 2013. Berita itu diumumkan melalui akaun Instagram. [limauais.com]
Fiza yang juga sekarang berstatus ibu tunggal, pernah berlakon dalam filem Getaran, Nana Tanjung 2 dan Cinta U-Turn.
“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” kata Fiza ketika menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 pada Ogos 2011.
Fiza mendapat hidayah Allah menerusi mimpi dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup.
Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat. Bahkan bila masuk saja solat fardhu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.
Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak berzikir. “Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya.
“Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak,” cerita Fiza. Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.
“Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve.”Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu.
Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi.”Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu,” kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.  [addin77.blogspot.com]


0 komentar

Post a Comment