Saturday, 17 February 2018

Bilik bayi Siti warna ‘pink’, tema Inggeris


DATUK Seri Siti Nurhaliza memilih warna merah jambu untuk bilik tidur baby yang dijangka lahir sekitar Mac depan.
Perkembangan menarik ini dikongsikan oleh pereka hiasan dalaman terkenal Pengasas Lentera Creative Home, Amran Azhar.
Menurut Amran, Siti memilih konsep Inggeris kerana dia suka bunga-bungaan yang sesuai dengan perempuan.
Siti turut memilih warna pink muda untuk nampak lebih sweet yang serasi untuk baby girl.
“Kami baru berbincang dengan Datuk Siti beberapa hari lalu.  Kemudian dah siap ukur sekali untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja.
“Jadi insyaALLAH menjelang hujung bulan ini akan siaplah bilik baby Datuk Siti ini.
“Selain idea Datuk Siti sendiri, kami juga ada tunjukkan gambar-gambar cadangan untuk beliau pilih,” jelas Amran lagi.
Amran merupakan pereka hiasan dalaman yang banyak mendapat kepercayaan Siti untuk menghias ruang mengikut kreativitinya.
Siti Nurhaliza
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star
Sumber : Sinar Harian

0 komentar

Post a Comment