Thursday, 25 January 2018

Zizan Dan Caprice ‘Bertarung’ Siapa Dapat Mira Filzah? Mari Lihat Siapa Layak?


Penyanyi rap, Caprice merupakan antara artis yang lantang menyuarakan pendapatnya mengenai hal ehwal semasa di Instagram. Akibat kelantangannya itu, dia dilihat telah bergaduh besar dengan artis kontoversi, Fathia Latiff ekoran teguranya mengenai isu Sajat beberapa hari lepas.
Baru-baru ini, pelawak terkenal, Zizan Razak telah membuat satu video parodi meniru gaya serta loghat  Melayu Caprice di Instagram. Netizen berpendapat Zizan sengaja membuat video berkenaan untuk mengusik Caprice yang dilihat sering mengajukan ‘pick up line’ kepada Mira Filzah akhir-akhir ini. Seperti yang diketahui ramai, Mira Filzah ketika ini sedang hangat digosipkan dengan hero filem Polis Evo tersebut. Namun ini respon win Caprice.
Zizan dilihat berbalas komen di Instagram Caprice. Caprice berkata, selagi gadis itu belum berkahwin, selagi itulah dia akan memikat gadis tersebut. Adakah gadis tersebut Mira Filzah? Namun Zizan membalas bahawa kekasihnya itu seorang yang setia.
Jadi siapakah pilihan hati Mira Filzah? Sama-sama kita tunggu jawapan daripada tuan punya badan. May the best man win.
Sebelum ini Mira Filzah buat kenyataan mengenai dia dengan Zizan ..
Sejak digandingkan dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta, nampaknya ada desas-desus yang mengatakan hubungan cinta antara aktres Mira Filzah dan pelawak Zizan Razak bertaut kembali.
Meskipun Mira tidak pernah mengakui akan hubungan tersebut, peminat terus meletakkan harapan agar beliau menerima Zizan sebagai teman hidupnya.
Enggan berselindung, Mira dalam kenyataan terbarunya menyatakan secara jelas bahawa hubungannya bersama pelawak itu hanyalah sekadar kawan, dan tidak mungkin akan bercinta.
“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu sebegini kerana saya lebih selesa solo begini. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta. Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang. Kalau pun ada pihak yang mahu saya bercinta dengan Zizan, perkara itu tidak mungkin berlaku. Saya selesa berkawan saja, tidak lebih daripada itu.”
Sumber: Utusan Online
Nampaknya tiada lagi teka-teki yang cuba diselindungkan oleh Mira. Peminat juga sudah boleh berhenti berharap pada perhubungan pasangan tersebut.

0 komentar

Post a Comment