Saturday, 13 January 2018

Wanita Cantik Adalah Bila Usia 40an.. 10 Artis Wanita Malaysia Usia Lebih 40 tahun kekal Cantik..Cuba Tengok No 2, Pasti Tidak Percaya!



Adakah anda risau ketika usia meningkat tetapi kesihatan dan kecantikan semakin pudar? Anda melihat wanita-wanita lain yang muda jelita dengan pandangan cemburu? Mengapa takut memasuki usia empat puluh?

Bukankah Al-Quran bercerita tentang usia manusia yang telah mencapai titik kematangan dalam hidupnya iaitu 40 tahun?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)”. Surah al-Ahqaf ayat: 15

Seharusnya wanita yang berusia 40 tahun ke atas memiliki sifat-sifat baik yang mempercantik karakter keperibadiannya, sehinggakan Allah menyebut satu persatu sifat-sifat itu di dalam kalamNya yang agung ini.



Cantik Dengan Bersyukur

Kesedihan ketika diuji boleh diubat dengan rasa syukur dan bersangka baik kepada Allah SWT. Semakin bertambah usia beban kehidupan itu semakin berat, jika kita menganggap baik segala takdir yang telah ditentukanNya akan ringanlah segalanya kerana kita percaya ada hikmah yang Allah simpan. Wajah yang kelihatan tua sebenarnya menyimpan kesedihan yang melampau dan kemarahan yang ditahan atas takdir yang terjadi.

Namun wanita yang redha dan bersyukur sentiasa tersenyum, manis akhlaknya hatta ketika ditimpa ujian yang berat kerana dia percaya ramai yang berjaya melaluinya dengan hati yang bersyukur. Sifat syukur seorang isteri telah menjadikannya seorang yang amat menghargai suami, anak dan orang di sekelilingnya. Dia menjadi pemurah dengan memberi maaf kerana rasa syukur itu berjaya menutupi kekurangan orang lain.

Cantik Dengan Menjaga Amal Soleh

Usia 40 tahun masa terbaik untuk menyediakan bekalan menuju kematian, telah kering kejelitaan yang melalaikan dan tiba masanya bersedia pulang kepada Allah SWT. Apabila tiada ikhtiar mencari jalan Allah kerana anda disibukkan oleh urusan dunia, ketika itu sebenarnya anda telah dituakan oleh masalah dan tekanan dalam kehidupan.

Setiap detik jika tidak diisi dengan amal soleh, ini akan terisi amal yang tidak memberi manfaat pada akhirat, kegagalan menguruskan masa di usia 40 tahun akan memberi impak negatif pada kecantikan rohani dan jasmani.

Amal soleh seorang wanita yang rutin dilakukannya bukan hanya solat sahaja bahkan seluruh kerja-kerja yang diredhai Allah adalah ibadah baginya. Anda tidak akan tua kerana kerjaya dan kerja rumah tangga, anda hanya akan dituakan oleh dosa-dosa yang menyesakkan dada dan menghitamkan hati serta mereputkan seri wajah.

Cantik Dengan Menjaga Zuriat Yang Soleh

Agenda terbesar pada hari ini dimulakan dengan mengajak anak-anak solat subuh, menguruskan akhirat mereka sebaik anda menguruskan makan minum mereka. Kemudian memastikan ilmu menjadi keutamaan dan kasih sayang menjadi landasan disiplin di rumah. Tiada kata-kata kesat yang membantutkan akhlak mulia dan cuba memahami perubahan jiwa anak-anak dengan mengawal stres bersama.

Bukan hanya ibu yang menghadapi tekanan sungguh anak-anak pun manusia juga yang sentiasa letih, lupa dan lalai. Ibu yang memiliki kecantikan dalaman di mata anak-anaknya adalah ibu yang amat penyabar, rajin memberi motivasi dan inspirasi.

Cantik Itu Sentiasa Bertaubat Dan Kekal Dalam Islam

Ciri-ciri kecantikan wanita usia 40 yang terakhir adalah suka bertaubat dan istiqamah dalam Islam. Taubat bermakna anda mencari aib diri dan memohon ampunan Allah, tidak sibuk melihat aib orang lain dan lupa diri sendiri. Taubat melahirkan sikap berhati-hati, tidak selesa dengan iman yang ada dan sentiasa mencari kelemahan amal, ilmu dan ibadah di sisi Allah. Betapa ramai orang yang tergelincir dari jalan Allah, dulu beriman sekarang lalai, dulu solat sekarang tak buat, dulu merendah diri sekarang sombong lupa diri, dulu bertudung sekarang berbaju seksi, dulu suka mengaji sekarang tak kenal akhirat lagi. Semoga kita dijauhkan dari kaki-kaki yang tergelincir oleh permata dunia dengan doa: Wahai Tuhan kami janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau beri petunjuk dan kurniakanlah kami rahmat di sisiMu sesungguhnya Engkau Maha Pemberi kurnia.” (Surah Ali-Imran ayat: 7)

Ramai wanita cantik, muda atau berusia, menarik, bijak, kaya dan terkenal, disukai dan digilai ramai lelaki walaupun mereka berusia matang, namun begitu muda atau tua bukan satu ukuran kerana ajal maut tak kenal usia. Semoga anda dirahmati kerana kecantikan hakiki bukan kosmetik tak asli kerana anda mengikuti teladan dalam ayat Al-Quran ini sebagai wanita berusia 40 yang jelita di sisi Ilahi.

8 Artis Wanita Malaysia Usia Lebih 40 tahun kekal Cantik

Pada usia lebih 40 tahun artis artis ini masih nampak cantik malah ada yang kelihatan muda dari usianya. Dengan potongan tubuh yang masih mantap kesemua mereka ini juga kekal mendapat tempat di hati peminat. Anda juga mungkin tak percaya bila melihat umur mereka.

1. Sheila Majid, 53 tahun



2. Ella, 51 tahun



3. Ziana Zain, 49 tahun



4. Fauziah Latiff, 47 tahun



5. Maria Fareeda, 47 tahun



6. Amy Mastura, 46 tahun



7. Rozieta Che wan, 46 tahun



8. Vanida Imran, 44 tahun



9. Abby Abadi, 41 tahun

Image result for abby abadi


10. Rita Rudaini, 41 tahun



Sumber: ohgebang.com

0 komentar

Post a Comment