Thursday, 11 January 2018

[Video] Sebelum Insiden Farid Kamil Terjadi, Dia Dan Sofi Jikan Buat Bigo Live Dulu Tapi Tiada Tanda Apa Apa Pun

Belum lagi reda dengan isu panas Datuk Farid Kamil menampar polis dan positif dadah, kini tersebar pula video menunjukkan beliau live bersama aktor Sofi Jikan menerusi aplikasi Bigo Live. Ada beberapa pihak mengatakan video tersebut dirakam beberapa jam sebelum Farid berkelakuan aneh dan mengamuk di balai polis.
Video Bigo Farid Kamil Berada Di Pautan Akhir Artikel
Berdasarkan video itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa Farid sudah berada di bawah pengaruh dadah ketika itu. Walaubagaimanapun, kami tidak tahu kebenaran disebalik dakwaan itu.
Apa yang kami lihat, Farid seakan tenang menjawab soalan daripada peminat dan turut berkongsi beberapa filem serta drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Malah, Farid juga tidak mahu membahaskan soal politik meskipun ada yang cuba membangkitkan isu tersebut.
Hari ini Farid akan dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut. Sehingga hari ini, masih ada belum sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Farid bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada beliau. 
– Sumber Beautiful Nara

“Berhenti Kecam, Farid Sedang Tertekan” – Sofi Jikan ..

 
PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan memohon orang ramai tidak terus memberi tekanan kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil atas kejadian yang berlaku.
Sofi, 48, berkata,aktor tersebut sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak luar kawalan.
“Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi.
“Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan, ” ujarnya kepada mStar Online.
Terdahulu, pada Khamis pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.
Beliau bagaimanapun, tiba-tiba bertukar berang dan menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.
Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.
Sementara itu, Sofi menambah, aktor berkenaan juga pernah menyatakan hasrat memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long.
“Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita ‘300 artis berhutang dengan ah long.
“Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian,” ujarnya.
Sumber: MSTAR

BIGO LIVE FARID KAMIL

0 komentar

Post a Comment