Wednesday, 31 January 2018

[video] Sebak Dan Pilu Tahu Ajalnya Bakal Tiba, Jadi Anak Ini Telah Minta Untuk Menyambut Hari Jadi Ibu Sebagai Hajat Terakhir

Membahagiakan dan membalas jasa kedua-dua ibu bapa merupakan satu tanggungjawab yang harus diambil oleh anak-anak. Walaupun mereka tidak pernah meminta-meminta, tetapi sebagai anak yang baik, kita haruslah menghargai segala pengorbanan yang telah mereka lakukan sepanjang membesarkan kita.Begitu juga yang dihajati oleh Mohd Fikri Hakim bin Jaudin dan dia ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila impiannya untuk menyambut hari lahir ibu akhirnya tercapai.
Kisah Fikri telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Natipah Abu.
Fikri yang merupakan penghidap sakit jantung kronik amat berhajat agar dapat menyambut hari ulangtahun kelahiran ibu tercinta bersama-sama.
Menurut perkongsian daripada Natipah, sejak sekian lama Fikri memasang niat untuk membalas jasa ibu yang banyak berkorban sepanjang menjaganya. Tambahan pula, ini mungkin kali terakhir Fikri dapat meraikan suasana gembira bersama ahli keluarga tercinta.
Difahamkan terdapat sepucuk surat daripada hospital yang selama ini telah disembunyikan daripada pengetahuan Fikri.
Isi kandungan surat berkenaan menyatakan sesuatu yang sangat menduga emosi bukan sahaja ahli keluarga tetapi kita yang sekadar membacanya.
“Surat yang dikeluarkan oleh hospital itu dilipat kemas dan disimpan rapi, jauh dari penglihatan mereka. Surat yang tidak ingin mereka lihat mahupun kenang kembali apa isi kandungannya. Surat yang mereka kira, dia (Fikri) tidak pernah tahu tentang kewujudannya.”
Akan tetapi, Fikri nampaknya sudah lama mengetahui ‘surat rahsia’ yang menjadi mimpi ngeri buat seluruh keluarga ini. Cumanya, Fikri enggan bersuara tentangnya kerana tidak mahu sekiranya keluarganya yang amat dicintai akan terluka dengan berita tersebut.
“Tentu hancur luluh hatinya seandainya dia membaca satu persatu ayat yang tertulis di dalam surat itu yang antara lain klausanya ada menyebut “dengan ini warisnya memilih untuk beliau meninggal dunia di rumah.”
Berikutan itu, sebagai permintaan kali terakhir, Fikri yang lebih mesra dengan panggilan Acan memutuskan untuk memenuhi hajat kali terakhirnya dengan meraikan hari jadi ibu tersayang walaupun tarikh sebenarnya adalah pada tanggal awal Januari.
Dalam sambutan yang diadakan secara kecil-kecilan di dalam bilik Fikri, semua ahli keluarga yang hadir mengukirkan senyuman terindah istimewa buat Fikri. Akan tetapi, hanya Tuhan sahaja mengetahui betapa mereka cuba bersungguh-sungguh untuk membendung kesedihan dan keperitan di dalam hati masing-masing.
Natipah turut menyatakan bahawa pada waktu itu, keadaan kesihatan Fikri semakin merosot. Dia sudah tidak mampu untuk duduk lama dan mudah mengah walaupun hanya dengan bercakap. Malah, wajah Fikri juga kelihatan membengkak manakala bibir dan kukunya pula kelihatan biru.
“Semoga Allah SWT angkat segala kesakitan dari tubuhnya, permudahkan segala urusan ke atasnya dan sembuhkan dia seperti sedia kala.”
Amin.
Semoga kita sama-sama mendoakan agar Fikri diberikan kesihatan yang berterusan dan boleh meraikan lebih banyak sambutan hari jadi ibu tercinta.
Sumber: Facebook/Natipah Abu
Sumber: mediaterkini.tech

0 komentar

Post a Comment