Monday, 22 January 2018

Tragis ! Akibat kemurungan sejak umur 19 tahun. Wanita ini ditemui mati ditepi pantai. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin..



KOTA BHARU: Wanita ditemui mati dalam keadaan terdampar di tepi Pantai Irama, Bachok, di sini, hari ini, dikatakan menghadapi masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah. berkata Nurul Afifah Mat Zain, 24, sempat menghantar pesanan melalui WhatsApp kepada abangnya supaya datang mengambil kereta Perodua Axia miliknya yang diletakkan di pantai berkenaan pada jam 7.30 pagi.

Katanya, mayat mangsa ditemui abang mangsa di tepi pantai itu dalam keadaan terbaring dengan lengkap berpakaian pada jam 9 pagi.

"Siasatan awal mendapati mangsa keluar rumah awal pagi dari rumahnya di Kota Bharu dan ahli keluarga menyangka dia hendak ke tempat kerja di Wakaf Bharu.

"Mangsa kemudian menghantar WhatsApp supaya ahli keluarga datang mengambil keretanya di Pantai Irama, Bachok," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa menghidap kemurungan sejak berumur 19 tahun sehingga kini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, pihaknya masih terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik.

"Kami tidak ketahui punca sebenar dan sebelum ini tiada masalah antara mangsa dan keluarga dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalakan siasatan," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat HRPZII.

Sumber : Berita Harian

0 komentar

Post a Comment