Wednesday, 24 January 2018

[Terkini] Lelaki maut terkenat renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit !



JASIN – Seorang pemuda maut dipercayai akibat renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicas di rumah rakannya di Kampung Baru Nyalas di sini semalam.

Mangsa, Rosli Othman, 35, seorang buruh ditemui dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri oleh rakannya di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, turut ditemui berdekatan si mati sebuah telefon bimbit dan wayar pengecas telefon.

“Siasatan pihak polis dengan bantuan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan pada tubuh tidak menemukan sebarang kecederaan lain. Terdapat telefon bimbit yang sedang dicas dan wayar di sebelah si mati dan kematian mangsa dipercayai berpunca akibat renjatan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin di sini dan keputusan bedah siasat menunjukkan lelaki itu mati disebabkan degupan jantung tidak stabil.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

0 komentar

Post a Comment