Tuesday, 16 January 2018

‘Takde scene bunuh diri ke?’ – Fathia Latiff Komen Keterlaluan Di Insta Live Iqram Dinzly



Aksi aneh Iqram Dinzly di media sosial bukan lagi satu perkara asing bagi rakyat Malaysia ketika ini. Hampir setiap video yang dikongsikannya pasti akan mendapat perhatian daripada netizen. Ramai yang mendakwa Iqram mengalami masalah tekanan perasaan, tetapi dia menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

Namun, seorang lagi artis kontroversi, Fathia Latiff dikatakan bertindak mengeluarkan beberapa komen yang dilihat agak keterlaluan ketika Iqram sedang berkongsi video di Instagram Live. Ternyata komen tersebut mengudang kecaman daripada sesetengah netizen yang perihatin mengenai keadaan Iqram yang membimbangkan itu. Tapi betul ke itu akaun sebenar Fatiya Latiff?

Fathia tengah melawak ke tu?



Netizen dilihat sedikit keliru dengan komen yang diberikan oleh Fathia ini. Jika benar Fathia hanya melawak, tindakan menyuruh Iqram untuk membunuh diri itu bukanlah sesuatu yang kelakar dan boleh dibuat main.

Komen yang agak keterlaluan





Ni dah melampau



Ternyata komen ini mengundang kecaman daripada netizen. Rata-rata menganggap komen Fathia ini amat biadap dan keterlaluan.

Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan gurauan tetapi tidak mengenai hal membunuh diri. Jika dia tidak berfikir panjang, mungkin perkara tersebut boleh menjerumus Iqram melakukan hal yang sedemikian. Walaupun sudah banyak kali diingatkan, diharap agar Fathia akan lebih bijak memikirkan setiap kata-kata yang ingin dia keluarkan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.

Sumber: Inanidayana


1 komentar: