Wednesday, 10 January 2018

Tahniah! Siti Umum Jantina Bayi, Dapat Hadiah Pam Susu Daripada Anak, Menantu!!

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan buat peminatnya dengan mengumumkan jantina bayinya yang dijadualkan lahir pada sekitar Mac depan adalah perempuan bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-39 beliau pada hari ini.
Pengumuman itu dikongsi Siti bersama suami, Datuk K melalui satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya sebentar tadi.
“Hadiah paling bermakna buat saya adalah zuriat yang bakal dilahirkan Insya-Allah pada bulan Mac nanti. Doakan semoga semuanya sempurna.
“Nak kongsi dengan anda semua sempena dengan hari ulang tahun Siti Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan rezeki untuk cahaya mata kali ni, doktor telah mengesahkan bahawa kandungan Siti adalah seorang puteri,” ujar Siti, 39, sambil ditemani Datuk K dalam video tersebut.
Siti mengumumkan kehamilannya pada Oktober lalu dalam satu pengumuman istimewa di kediamannya di ibu negara.
Berita kehamilan tersebut mendapat liputas luas media dan beliau dijangka bersalin pada Mac depan.
Pemilik 16 buah album studio itu berkahwin dengan Datuk K pada tahun 2006.
Anak tirinya, Asyraf Khalid bersama isteri, Tya Ariffin serta anak, Arif Jiwa menghadiahkan Siti barangan keperluan ibu seperti pam susu dan pek ais untuk simpanan susu badan.
Bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-39, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat hadiah istimewa daripada keluarganya.
Anak tirinya, Asyraf Khalid bersama isteri, Tya Ariffin serta anak, Arif Jiwa menghadiahkan pelantun lagu Cindai itu barangan keperluan ibu seperti pam susu dan pek ais untuk simpanan susu badan.
Perkara itu dikongsi Siti melalui video Instastory di Instagram miliknya beberapa jam lalu iaitu pada tarikh ulang tahun kelahirannya pada hari ini, 11 Januari.
“Ice pack (pek ais) untuk simpan susu. Susu yang saya pam nanti,” ujar Siti teruja melalui perkongsian video tersebut sambil membelek hadiah istimewa itu.
Siti mengumumkan kehamilannya pada Oktober lalu dalam satu pengumuman istimewa di kediamannya di ibu negara.
Berita kehamilan tersebut mendapat liputan luas media dan beliau dijangka bersalin pada Mac tahun ini.
Pemilik 16 buah album studio itu berkahwin dengan Datuk K pada tahun 2006.
– K! ONLINE

0 komentar

Post a Comment