Sunday, 21 January 2018

[Panas] Salah Ke Aku Dilahirkan Lembut Pakai Macam Perempuan - Faiz Roslan

Sekarang ni sebut je nama Faiz Roslan, memang ramai dah kenal dengan instafamous popular ini. Video parodinya sentiasa menjadi perhatian.
Sering tampil dengan imej pakaian wanita dan mekap, dia juga pernah ditegur oleh pendakwah, Da’i Wan yang menyatakan perbuatan tersebut haram walaupun untuk tujuan promosikan produk.
Baru-baru ini, seorang netizen memuat naik status di Twitter dengan menyatakan Faiz Roslan sekarang sangat berbeza jika dibandingkan dengan dahulu.
Sebelum ini, Faiz Roslan di boleh dilabel sebagai pelawak. Namun kini tidak lagi, ditambah pula dengan aksi berlebih-lebihan yang tidak sesuai dengan imejnya.
Kami mahukan Faiz Roslan yang dulu
“Netizen mahukan Faiz Roslan yang dulu. Yang buat aksi pondan pakai tudung lusuh mak, guna lesung batu, yang tahu dirinya hanya lelaki kampung tak lawa yang kelakar.
“Tapi sejak kawan dengan Syed, terus berangan jadi lelaki kelas atasan. Kami mahukan Faiz Roslan yang dulu.”
Tak buat parodi, upload gambar biasa pun kena kecam
Tidak tahan dikecam netizen, akhirnya Faiz Roslan membuka mulut dan membidas kenyataan tersebut. Menurut Faiz, dia kini tidak lagi membuat video parodi untuk meredakan isu kecaman terhadap dirinya.
I dilahirkan lembut, tapi salah ke pakai macam perempuan.
I tak minat jadi lelaki yang sado.
Dai’ Wan turut meminta netizen hentikan cemuhan.
Sumber: mukabuku.press

0 komentar

Post a Comment