Monday, 22 January 2018

[Panas] Inilah pengakhiran ikatan Sufian Suhaimi.. Harap semua bertenang ..



Hampir sedekad lalu, penyanyi Sufian Suhaimi, 25, telah mula meminati pelakon Elfira Loy, 23, dek lakonan berkesan yang dipersembah gadis berkenaan di layar televisyen.
Sejak itu, dia yang baru mengeluarkan single terbaharu Terasa Ada menyimpan hasrat untuk bertemu dengan bintang siri Dalam Hati Ada Taman tersebut.
Pucuk dicita ulam mendatang, keinginan Sufian yang ‘ditagih’ sedari belasan tahun akhirnya dijelmakan oleh trio penyampai Era FM, Johan, Hanif dan Ray (Johara) yang telah merancang satu pertemuan sebagai kejutan.
Siapa sangka, bermula dengan minat, kemudiannya berputik rasa cinta dan sayang yang mekar mengharum sehinggakan kedua-dua selebriti itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu di kediaman keluarga Elfira. Namun lain pula yang berlaku sekarang ini
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sufian Suhaimi, tidak menolak kemungkinan ada campur tangan orang ketiga dalam isu berkaitan pertunangannya dengan pelakon, Elfira Loy, 24.
Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Terakhir itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit, sebaliknya menegaskan perkahwinan bukankah sesuatu yang boleh dibuat main-main.
“Sangat rumit untuk saya perkatakan mengenai perkara ini kerana ia bukan hanya berkaitan saya dan El (Elfira), tetapi turut membabitkan kedua-dua belah keluarga.
“Mungkin (ada campur tangan orang ketiga)… Perkahwinan sesuatu yang besar dan tak boleh dibuat main-main. Sebab itu kami menghormati pandangan semua orang dalam keluarga,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2018, di sini, hari ini.
Isu status pertunangan Sufian, 26, dan Elfira menjadi perhatian apabila masing-masing jarang memuat naik gambar bersama di laman sosial, tidak seperti ketika kedua-duanya berada di alam percintaan.
Keadaan itu tentu saja membuatkan peminat kedua-duanya tertanya-tanya mengenai perancangan perkahwinan mereka yang dijangka pada Mac depan.
Mengharapkan ikatan pertunangan yang terjalin sejak Oktober tahun lalu itu berakhir dengan baik buat kedua-dua pihak, Sufian menyifatkan kesibukan tugas menyebabkan hubungan mereka agak terbatas.
“Seperti pasangan lain, pasti ada dugaan dalam pertunangan. Begitu jugalah dengan kami. Doakan yang baik-baik untuk kami, mudah-mudahan ada pengakhiran yang baik.
“Apabila isu ini timbul, saya tidaklah berasa tertekan sebab saya mendapat sokongan penuh daripada keluarga. Apa saja yang saya buat, mereka tidak menghalang,” katanya.
Sufian juga berkata, di sebalik apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ia membantu menjadikan dirinya lebih matang.
“Kami berharap ia dapat berakhir dengan baik kerana hanya kami yang tahu apa sebenarnya berlaku. Jadi, janganlah membuat kesimpulan tanpa mengetahui apa yang kami lalui,” katanya.
Dalam pada itu, Elfira Loy ketika menjawab pertikaian netizen yang mendakwa pasangan itu begitu terdesak untuk mendirikan rumah tangga, dia sedikit pun tidak melatah.
“Buat apa saya nak mengambil kira kata-kata negatif orang luar, apatah lagi mereka tidak tahu perjalanan hidup kami. Sia-sia sahaja jika mempersoal takdir.
“Paling penting, kedua-dua belah pihak mendapat restu daripada keluarga masing-masing tanpa pernah wujud sebarang masalah,” jawabnya tenang.
Anggun dalam persalinan serba mewah rekaan pereka fesyen terkemuka Rizman Ruzaini, Elfira memberitahu persiapan menjelang hari bahagia mereka masih dalam fasa perbincangan.
Katanya, ada berbaki lima bulan lagi untuk mereka berdua memikirkan secara serius tentang majlis perkahwinan yang telah direncanakan.
“Lokasi dan tarikh sebenar majlis belum lagi diputuskan. Cuma kami sepakat mengadakannya pada Mac 2018 sempena ulang tahun kelahiran saya yang jatuh pada tanggal 8 Mac.
“Secara amnya, saya mahukan sebuah perkahwinan yang intim membabitkan ahli keluarga, sahabat handai, rakan media dan peminat.
“Akan ada tiga buah majlis iaitu pernikahan, persandingan di sebelah keluarga perempuan dan sambut menantu di sebelah keluarga lelaki,” tuturnya terperinci sambil menguntum senyuman penuh bahagia.
Mungkin hubungan mereka tampak singkat, namun menurut Elfira, perkara yang baik wajar dipercepat dan berharap dipermudah oleh-Nya.
beritaharian

0 komentar

Post a Comment