Thursday, 18 January 2018

[Lawak] Kasihan Kau Beruk, Dah Pandai Naik Tak Pandai Turun Pulak!

SEEKOR beruk tersangkut di atas pokok kelapa pada ketinggian 12 meter lebih empat jam di Kampung Alor Bakat, Ketereh, Kota Bharu tengah hari tadi.
Dalam kejadian 1 tengah hari, tali beruk itu dikatakan terbelit pada pelepah pokok menyebabkan ia tidak dapat turun.
Selepas pelbagai usaha gagal, pemilik beruk terpaksa mendapatkan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh untuk menurunkan beruk itu.
Ketua BBP Ketereh Mohd Rafain Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.41 petang sebelum dia bersama enam anggota ke lokasi kejadian.
Katanya sebaik tiba, beruk itu masih berada di atas pokok itu.
“Saya difahamkan ketika beruk itu sedang memetik kelapa, talinya terbelit pada pelepah pokok sehingga menyebabkannya tidak dapat turun.
“Bomba menggunakan tangga untuk menurunkan beruk itu.
“Bagaimanapun, kita berdepan kesukaran kerana beruk itu agak agresif dan selepas sejam, tali itu dapat dileraikan dan beruk itu turun sendiri 5.20 petang” katanya ketika dihubungi tadi.
Menurutnya, beruk itu kemudian diserahkan kepada pemiliknya.
“Pemeriksaan mendapati beruk itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

0 komentar

Post a Comment