Friday, 19 January 2018

[KISAH BENAR] KETABAHAN DAN KESABARAN SI ISTERI, KINI SUAMI KIAN PULIH – Kisah Penuh Ridzwan dan Rohayu



BESUT – Mungkin ramai netizen pernah sebak mengikuti kisah menyayat hati pasangan suami isteri ini yang sanggup hidup bersama walau dalam keadaan susah sehingga terpaksa menjual kereta sendiri untuk meneruskan hidup.

Kita hanya merancang namun sebaik perancangan adalah dari Allah swt. Walaupun diduga dengan pelbagai ujian, seseorang haruslah tabah dan redha dengan takdir.

Imbas kembali pada hari kejadian. Pada petang itu yang bertarikh 03 Mei 2017, Muhamad Ridzwan Zaki yang berusia 27 tahun, sedang menunggang motosikal miliknya dalam perjalanan pulang dari bekerja.

Tiba-tiba, motosikal yang ditunggang olehnya telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda iaitu kereta Toyota Hilux.

Motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Ridzwan telah hilang pertimbangan. Kejadian tersebut telah menyebabkan Muhamad Ridzwan, cedera parah dan terlantar tidak sedarkan diri.



Muhamad Ridzwan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Muhamad Ridzwan sempat mendapatkan rawatan perubatan selama satu bulan.

Doktor yang merawat suami Siti Rohayu memberitahu bahawa harapan Muhamad Ridzwan untuk kembali sedar amatlah tipis.

Setelah sebulan menerima rawatan daripada pihak hospital, suaminya telah dibawa pulang ke rumah dalam keadaan koma. Hal ini demikian kerana Muhamad Ridzwan masih tidak sedarkan diri.

Keadaannya masih sama. Jika nanti suaminya sembuh, kemungkinan tidak akan sama seperti sedia kala ketika dia sedang sihat dahulu.

Doktor menyuruh Siti Rohayu agar berdoa dan redha dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah .

Siti Rohayu sentiasa berdoa agar dirinya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Harapannya hanya satu, dia mahu Muhamad Ridzwan kembali sihat seperti dahulu.



Siti Rohayu sangat rindukan telatah suaminya. Apabila di rumah, dia akan menjaga suaminya dengan penuh keikhlasan.

Bagi Siti Rohayu, kasih sayang buat suaminya iaitu Muhamad Ridzwan tidak akan pernah pudar walaupun melihat Muhamad Ridzwan hanya terlantar di atas katil.

Semasa Muhamad Ridzwan koma, pelbagai cara telah dilakukan untuk menyembuhkan suaminya. Namun, keadaan suaminya masih sama.

Siti Rohayu telah membeli katil khas untuk suami iaitu katil caragem. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk menyembuhkan suaminya, namun kini hanya kepada Allah dia bermohon agar suaminya akan kembali pulih seperti sedia kala pada suatu hari nanti.

Diari Pemberi Semangat

Hampir setiap hari akan ada catatan dari Siti Rohaya tentang perkembangan suaminya walau pun tidak banyak berubah.

Catatannya bersahaja tapi meruntun kalbu kerana si isteri selalu memuat naik foto-foto lama ketika suami masih sihat dan ceria.

Dari foto-foto dikongsi memang jelas kelihatan keduanya pasangan romantis, bapa yang penyayang yang suka merakamkan gambar bersama pasangan dan anak-anak.



Menjadi Inspirasi Hingga Diangkat Untuk Disiarkan Di KacaTV Dalam Rancangan Nona

“Saya memang TAK JANGKA semua ni akan berlaku”



“Saya terpaksa jual 2 buah kereta milik kami utk topup2 mana yg tak cukup”

“Saya terpaksa galas tanggungjawab suami”

“Saya mula belajar mcm mana nak buat bisnes online”

“Doktor ckp kalau slps 6 bulan suami tak mampu bangun, maka sah suami akan cacat kekal”

“Kehidupan bertukar 360 darjah”

Perkembangan Terkini

Terbaharu menurut sumber, difahamkan suami kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu itu dikatakan semakin beransur pulih daripada koma akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun lepas.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial itu, jelas menyaksikan suami wanita tersebut sudah mula menunjukkan perkembangan positif apabila mampu memberi reaksi kepada isterinya.

Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya.

Setiap hari, Siti Rohayu akan menghabiskan masa bersama-sama suaminya. Dia akan bercakap dengan suaminya memandangkan suami sudah boleh melihat.

Setiap kali Siti Rohayu mencium suaminya, suaminya akan membalas ciuman itu. Sebelum ini, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Perkara itu sedikit sebanyak telah menggembirakan hati sang isteri. Kini, Muhamad Ridzwan semakin pulih.

Dia sudah pun boleh duduk di atas kerusi roda. Hal ini berlaku disebabkan dorongan dan sokongan daripada sang isteri.

0 komentar

Post a Comment