Thursday, 18 January 2018

Inilah Kenyataan Konstabel Yang Ditampar Oleh Datuk Farid Kamil yang mengejutkan semua !



Inilah Kenyataan Konstabel Yang Ditampar Oleh Datuk Farid Kamil

Penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil,36 yang ditahan kerana menyerang anggota plis trafik dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara beberapa hari yang lain, disahkan di bawah pengaruh dadah jenis ganja ketika kejadian.

Ketua Polis Derah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan perkara berkenaan selepas ujian air kencing dilakukan dan didapti pelakon itu positif dadah jenis ganja.

Menurut, siasatan mendapati suspek datang ke balai polis bersama seorang lelaki untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya sekitar jam 1.20pm pada 11 Januari 2018 yang lalu.“Namun demikian ketika dalam proses memberikan keterangan kepada seorang Anggota polis trafik, Farid sebaliknya menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp artikel 300 artis hutang ah long. “Dan kemudian terus menampar anggota polis terbabit dan memnendang dua orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Susulan itu, artis terbabit ditahan sebelum ujian air kencing dilakukan terhadapnya.Suspek kini dtahan serta merta dan telah direman 4 hari dibawah siasatan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dan mencederakan.Sementara itu, konstabel polis yang ditampar Farid Kamil ketika dihubungi berkata dia masih terkejut dengan tindakan artis itu. Dia memang tidak menyangka selebriti itu melakukan perbuatan agresif apalagi kelakuan tersebut adalah di Balai Polis.

Dia bagaimanapun, menyerahkan kes tersebut kepada Pegawai Penyiasatdan pihak atasan untuk melakukan siasatan selain tidak mahu mengulas lebih lanjut pekara tersebut.

Serba Ringkas Berkenaan Datuk Farid KamilMula menceburi dunia seni sebagai model iklan pada 1999 kemudian berlakon filem Mistik arahan Datuk A Razak Mohaideen pada 2000.Selepas itu, Farid terus dikenali sebagai pelakon seperti Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang, Lagenda Budak Setan, Bencinta, J Revolusi, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Pinjamkan Hatiku.

Farid juga diberi peluang mengarah filem, V3-Samseng Jalanan pada 2010.Pada 16 Disember 2017, Farid antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan yang membawa gelaran Datuk.

Tidak sampai sebulan, Farid mengejutkan umum de­ngan berita ini hingga gelaran diterima turut dipersoalkan.Ia bukan isu baru kerana banyak lagi kisah yang kita dengar sebelum ini membabit­kan orang berpangkat dikaitkan dengan kekasaran dilakukan tetapi apabila berkaitan dengan artis, ia lebih mendapat perhatian.

Lebih menarik, sehari sebelum Farid menampar anggota polis itu, pelakon Ridzuan Hashim, 56, lebih dulu menjadi mangsa penamparnya. Ia berlaku di lokasi drama Uniknya Cinta, Rabu lalu.Ridzuan yang dikenali dengan watak King dalam filem KL Gangster, senang-senang menjadi mangsa Farid.

0 komentar

Post a Comment